PKP / MCO BAGI TAHUN 2020

Sememangnya tahun 2020 bakal menjadi tahun yang sangat mencabar buat rakyat Malaysia khususnya & dunia amnya. Baru sahaja kita dijamukan dengan polemik politik tanahair dengan peralihan kuasa dari Pakatan Harapan kepada Permuafakatan Nasional.

Polemik yang memberi kesan pada ekonomi negara secara tidak langsung. Kini rakyat Malaysia diuji dengan serangan penyakit pandemik corona virus yang dipercayai berasal dari daerah Wuhan, negara China.

Ketika Pakatan Harapan memegang tampuk pemerintahan, rakyat telah menyuarakan rasa kebimbangan mereka kepada pemimpin apabila kerajaan melaksanakan polisi pelancong dari China tidak dikenakan visa. Namun luahan seolah-olah tidak diendahkan oleh kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

Aku melihatkan ada pihak yang amat yakin bahawa mereka mampu mengawal penularan wabak terbabit sehingga tidak menerima sebarang pandangan dari orang awam seperti aku.

Kini, status jumlah pesakit telah melebihi 500 orang, belum ada sebarang kematian dilaporkan, namun keadaan itu membimbangkan pihak kerajaan yang baru dilantik. Maka PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN dilaksanakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac.

Perintah kawalan pergerakan bukan perintah berkurung yang dilaksanakan di beberapa buah negara ketika ini. Walaubagaimanapun tetap menimbulkan suasana panik dikalangan rakyat berdasarkan keadaan semasa dunia.

Bayangkan, mak cik aku yang ingin membeli sedikit barangan keperluan, terpaksa menunggu selama 2-3 jam hanya untuk membuat bayaran. 

Boleh dikatakan barangan asas yang menjadi rebutan pembeli adalah tepung gadung, beras & telur. Jika kita selidik sejarah Malaysia, waktu terakhir kita mengalami situasi sebegini ketika zaman komunis dahulu.

Bagi pakar-pakar kesihatan, langkah yang diambil oleh pihak kerajaan adalah langkah yang tepat sekali dalam membendung penularan wabak corona virus ini.

Diharapkan dalam tempoh 14 hari perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, menampakkan hasil positif dalam bilangan pesakit yang dikesan setiap hari.

Bagi Umat Islam, jangan lupa melakukan solat hajat & taubat, semoga Allah SWT melindungi kita semua dari bala bencana yang tidak mampu kita hadapi.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?