PKP BERSAMBUNG

 
Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir pada 31 March 2020 telah dilanjutkan ke tarikh baru iaitu 14 April 2020.

Sejujurnya, aku telah menjangkakan pengumuman tersebut akan dibuat. Hal ini kerana aku melihat kepada keadaan graf bilangan pesakit COVid19 yang tidak stabil. Sekejap meningkat, sekejap menurun, sukar untuk menduga bagaimana polanya.

Aku bukan pakar dalam bidang kesihatan, aku hanya penganggur yang menjaga ibu yang kian dimamah usia, namun itu tidak bermakna aku tidak tahu menganalisa keadaan semasa. Kita sedia maklum bahawa PKP kini memasuki hari ke-8, seharusnya graf yang diperolehi menunjukan pola garisan lurus.

Aku amat pasti pihak kerajaan melalui KKM berusaha sedaya upaya untuk memastikan penularan COVid19 dapat dihentikan sepenuhnya sebagaimana yang terjadi di Wuhan, China. Maka sudut manakah pihak KKM terlepas pandang?.

Walaupun kerajaan melaporkan melalui PDRM bahawa peratusan rakyat Malaysia yang mematuhi PKP kini mencecah 95%, namun itu belum menjaminkan bahawa penularan COVid19 tidak berlaku. Buktinya sehingga pukul 12 tengahari, 25 April 2020, jumlah pesakit yang disahkan positif meningkat berbanding kelmarin.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan berkenaan penangguhan bayaran bulanan melibatkan institut kewangan tempatan iaitu merujuk rakyat Malaysia yang mempunyai komitmen bayaran bulanan, diberi kelonggaran penundaan selama 6 bulan bermula 1 April 2020.

Paling menarik perhatian aku ialah Perdana Menteri memilih hari ini sebagai hari untuk membuat pengumuman lanjut PKP atau MCO. Hari ini merupakan hari kakitangan awam mendapat bayaran gaji untuk bulan March.

Pada pendapat aku, mungkin Perdana Menteri memilih hari ini agar mudah untuk kakitangan awam merancang perbelanjaan bagi tempoh lanjutan PKP kelak.

Jika kita cuba melihat dari sudut kesan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia, sememang banyak kesannya namun ia terpaksa diambil demi memastikan rakyat Malaysia selamat dari ancaman COVid19.

Kini kita sama-sama menghitung 20 hari yang berbaki bagi Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan Pandemik CONVid19. Seandainya masih ada rakyat Malaysia yang tidak mematuhi arahan PDRM & ATM berhubung PKP, saya percaya tempoh lanjutan kali ke-2 akan diumumkan.

Bagi yang mengikuti laporan terkini perkembangan COVid19 di Itali, pasti mengetahui bahawa Perdana Menterinya telah mengaku kalah dalam peperangan melawan Pandemik COVid19.

Jangan terkejut jika kita menjadi seperti Itali, jika ia berlaku, semuanya adalah kesilapan kita sendiri selama ini tidak mematuhi nasihat atau arahan dari pihak berkuasa.

Selaku Umat Islam, jangan lupa untuk terus berdoa semoga Allah SWT mengampuni kita semua.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?