Menteri Federal Dari Ketereh

 

Minggu ini, topik yang pasti hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia adalah berkenaan senarai jemaah menteri yang baru dilantik dalam mengemudi Pentadbiran baru Negara di Putrajaya.

 Ramai berpendapat bahawa saiz Kabinet kali ini agak besar ketika situasi politik masih samar-samar dengan ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Di antara yang menarik perhatian aku ialah perlantikan dua Menteri yang berasal dari daerah yang sama iaitu Ketereh. 

Suatu keadaan yang jarang sekali berlaku sepanjang pengetahuan dalam soal pentadbiran negara dari dahulu sehingga sekarang. 

Pada PRU yang lalu, kedua-dua Menteri terbabit merupakan pihak lawan yang bertanding merebut kerusi Parlimen Ketereh.

YB Dr. Mohd Radzi Jidin seorang lecture di Universiti luar negara kini mewakili Parti Bersatu di Bahagian Ketereh, di lantik menjawat jawatan sebagai Menteri Kanan Pelajaran Malaysia yang baru. Beliau merupakan calon yang tertewas pada PRU yang lalu bagi kerusi parlimen Ketereh.

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa yang mewakili Parti UMNO merangkap Ketua Bahagian Ketereh yang mengekalkan kemenangan pada PRU yang lalu bagi kerusi Parlimen Ketereh kini dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Sejujurnya aku selaku pengundi Parlimen Ketereh, berasa amat bangga apabila 2 orang pemimpin negara asal dari daerah ini, diberi kepercayaan untuk menjadi Menteri Persekutuan bagi tempoh 38 bulan mendatang.

Harapan aku kepada 2 pemimpin ini, agar dapat membawa perubahan yang besar bagi Parlimen Ketereh. Walaupun YBhg Tan Sri telah menunjukan perkhidmatan yang cemerlang namun selaku manusia biasa pasti ingin kecemerlangan yang lebih lagi ditunjukan kepada pengundi Parlimen Ketereh.

 Terutama pembangunan yang mampu menawarkan peluang pekerjaan, maka tidak perlu lagi kelompok cerdik pandai anak Ketereh harus merantau mencari peluang di tempat lain sedangkan peluang tersedia di tempat sendiri.

Walaupun dahulu mereka berlawan, kini mereka berkawan kerana berada dalam kabinet yang sama, harapan peribadi aku secara umumnya semoga Ketereh bertambah maju dan di naik taraf sebagai sebuah daerah yang berdiri sendiri, kemajuan yang membolehkan terbinanya Hospital Ketereh atau apa sahaja fasiliti kemudaan yang diperlukan oleh rakyat. 

PAS kini sealiran dengan UMNO dan PPBM, maka semakin mudah untuk pembangunan dilaksanakan.

Dua pemimpin semestinya harus lebih baik dari satu dan kedua-dua berada di atas tampuk kepimpinan negara, malah salah seorang menjawat posisi Menteri KANAN. 

Maka menjadi harapan penduduk Ketereh agak semakin banyak peluang dan ruang di bawa pulang buat penduduk Ketereh.

Mungkin dari sudut yang berbeza, orang ramai akan membuat perbandingan di antara pemimpin yang diperkatakan, harus difahamkan bahawa seorang telah lama dalam dunia politik manakala seorang lagi masih muda namun itu bukan kayu pengukur sewajarnya.

Sebelum PRU ke-15 tiba, lupakan dahulu siapa bakal kekal, siapa bakal berundur. Paling penting tempoh berkhidmat masih panjang, sejujurnya aku nampak dengan jelas siapa yang benar-benar bekerja untuk rakyat dan siapa yang sebaliknya.

 Namun paling penting rakyat Ketereh inginkan kelebihan yang dimiliki mampu menjana peluang dan harapan seperti yang diperkatakan.




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?