AIR KELANTAN PART 3

 Lo nie, di antara isu hangat diperdebatkan adalah isu bekalan air paip di Negeri Kelantan. Satu isu yang aku lihat seperti telah lama wujud. Cuma respon dari pihak yang berkenaan amat mendukacitakan dan tidak memenuhi kehendak rakyat Kelantan.

Kritikan demi kritikan di buat oleh semua pihak yang berkaitan terutama dari rakyat sendiri yang terkesan selain pihak pembangkang yang sentiasa cuba menunjukan kelemahan pengurusan negeri Kelantan sepanjang ditadbir oleh PAS. 

Tidak dinafikan, negeri lain turut mengalami masalah yang sama seperti yang dialami rakyat di Kelantan. Disebabkan negeri Kelantan diperintah oleh PAS, maka ia mendapat lebih perhatian dari pihak dari dalam dan luar dari Kelantan.

Pada aku secara peribadi. Isu bekalan air paip lebih utama dibahaskan kerana sebagai seorang Muslim, sentiasa menggunakan air bersih terutama dalam soal kebersihan diri dan ibadah.

Ketika aku mengemaskini penulisan entri kali ini, bekalan air paip di kawasan rumah aku di Pekan Ketereh mengalami masalah tekanan air yang rendah. Ia menyebabkan air paip yang dibekalkan tidak dapat masuk ke dalam tangki simpanan air. 

Aku pelik, difahamkan Loji Rawatan Air (LRA) baru dibuka di Ketereh. Oleh itu, bukankah seharusnya pelanggan atau pengguna sekitar LRA tidak menghadapi sebarang masalah besar untuk mendapatkan  bekalan air yang memuaskan?.

Di antara kejadian yang sering berlaku melibatkan bekalan air paip di kawasan Pekan Ketereh ialah saluran paip utama air sering pecah berkemungkinan besar disebabkan lori-lori tanah atau pasir yang sering melalui Pekan Ketereh. 

Apabila paip pecah, tempoh masa yang diambil untuk baik pulih tidak menentu. Namun ia menjejaskan rutin harian para pengguna di kawasan Pekan Ketereh. 

Pada aku, tempoh PAS memerintah Kelantan sudah cukup lama untuk membolehkan kerajaan negeri menyelesaikan masalah air di Kelantan seminimun mungkin.

Namun yang berlaku sebaliknya, kes ketiadaan air paip kerap terjadi. Paling mendukacitakan apabila ia terjadi ketika waktu sambutan perayaan seperti yang aku alami ketika menyambut hari raya aidilfitri.

Aku sering tertanya sendirian, mengapa tiada sebarang perubahan drastik dalam pengurusan bekalan air di Kelantan?. Adakah pihak pengurusan air tidak idea bagaimana untuk menyelesaikan isu berkaitan dengan air?.

Disebabkan masalah bekalan air yang sentiasa wujud, semakin ramai rakyat Kelantan yang memilih untuk menggali telaga air mereka sendiri. 

Jiran aku membuat telaga airnya sendiri dan apabila kami mengalami masalah bekalan air, jiran-jiran akan mendapatkan bekalan air dirumahnya.

Selain itu, kadangkala bekalan air paip yang diperolehi tercemar dengan bahan seperti karat. 

Oleh itu, usaha yang diambil bagi mengatasi masalah tersebut oleh rakyat Kelantan yang mampu adalah memasang mesin penapis air yang nilainya ribuan ringgit bagi satu unit.

Selain itu, penduduk setempat turut mencuba kaedah memasang tangki air tambahan di kawasan belakang rumah. Pemasangan mesin tekanan air, semakin menjadi kebiasaan dikalangan rakyat Kelantan.

Kos memasang penapis air atau mengali telaga baru atau tangki simpanan air yang baru adalah tinggi dan bukan semua mampu untuk memasangnya walaupun keadaan mendesak.

Oleh itu, bagi air bagi tujuan minum, ramai yang membeli air paip yang ditapis di mesin-mesin penapisan air yang disediakan dengan harga yang berpatutan.

Ahli keluarga aku sendiri menggunakan air yang dibeli dari mesin penapisan air yang ada dihadapan rumah.

Aku bukan penulis upahan politik pihak lawan, sekadar rakyat bawahan yang meluahkan rasa kecewa dengan cara pengurusan air di negeri Kelantan. Bagusnya hanya bila berlaku paip pecah, segera di baiki.

Hari Raya Haji hampir tiba, aku percaya ribuan rakyat Kelantan yang bekerja di luar akan balik. Adakah bekalan air akan dicatu lagi sebagaimana yang berlaku ketika hari raya aidilfitri yang lalu?.

Kelantan ditadbir oleh parti PAS yang dikenali parti memperjuangkan Islam dan terdiri dari ulamak dan bijak pandai agama. 

Aku kasihan jika nanti pemimpin yang sering berjubah atau berkopiah ini masuk neraka kerana gagal mentadbir negeri dengan sempurna.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?