Subsidi Rakyat

 Bagaikan telah diduga bahawa pihak kerajaan bakal melaksanakan polisi baru terutama berkaitan rakyat Malaysia. Cuma aku tidak pasti adakah ia adalah pilihan terbaik buat semua atau sebaliknya.

Selepas ini kejutan apa yang bakal diberikan kepada rakyat?, cuma aku rasa rakyat sedia maklum bahawa ia pasti terjadi cuma tempoh masa sahaja belum pasti, kini Subsidi Rakyat bakal ditarik satu demi satu.

Bermula 1 Julai 2022, subsidi ayam, telur dan minyak masak botol akan dihapuskan oleh pihak kerajaan. Ia berdasarkan laporan berikut siakapkeli atau HMetro. Adakah rakyat Malaysia bersedia menghadapi gelombang kenaikan harga barangan keperluan selepas ini?.

Sepanjang aku hidup di Malaysia, kebiasaan yang terjadi apabila harga barangan keperluan seperti minyak masak atau telur naik. Barangan yang tiada kaitan juga akan naik harganya. Pelik tapi itu yang aku lihat sepanjang hidup ini, aku kini berusia 40 tahun.

Walau apapun alasan yang dikemukakan oleh kerajaan semasa. Apa yang pasti ia pasti mempunyai impak bebanan atau tekanan kepada kelompok B40 di Malaysia apabila barangan asas seperti minyak masak dan telur mengalami kenaikan harga.

Aku kecewa dengan perkembangan terkini, rakyat baru nak menjana pendapatan tetapi bila kos perbelanjaan barang asas lebih mahal dari pendapatan. Apa yang tinggal?.

Aku takut untuk membayangkan bila segala barang keperluan, harga terus meningkat. Kemudian kita dikenakan GST pula. Apakah pilihan yang kita ada?. 

Aku tidak menafikan kerajaan menanggung beban subsidi yang besar nilainya. Selagi gaji dan elauan kelompok T20 dalam kerajaan termasuk GLC masih mampu di bayar. In sha Allah kerajaan masih mampu tanggung bebanan itu.

Aku akui bahawa dunia kini sedang krisis makanan, namun pada pandangan peribadi aku, kita harus melihat kemampuan negara dalam menghadapi krisis tersebut. 

Malaysia merupakan sebuah negara KAYA, cuma bagaimana KEKAYAAN yang dimiliki itu diagihkan kepada rakyat?. Aku terkedu bila ada pemimpin menerima gaji dan kemudahan tetapi bidang tugasnya agak samar-samar. Mungkin tiada langsung kepentingan buat rakyat.

Aku bukan seorang bijak pandai yang mampu memberi formula-formula tertentu untuk kerajaan keluar dari masalah kenaikan kos bahan makanan. Cuma berharap kerajaan harus merangka plan yang benar-benar efisyen.

Paling maksimun, subsidi utama di kurangkan sedikit demi sedikit, masih memberi tetapi jumlahnya dikurangkan. Kemudian Bantuan Keluarga Malaysia di tambah dengan nilai yang berpatutan.

Aku berharap rakyat harus sedar dan PEKA terhadap perkembangan terkini negara. Benar kerajaan melaksanakan polisi gaji minimun RM1500 sebulan. 

Adakah ia benar-benar dilaksanakan oleh majikan?. Siapakah bakal memantau perkara tersebut?. Bukan semua berani mengadu kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku tidak pematuhan arahan kerajaan.

Aku mengharapkan pihak kerajaan menguatkuasa undang-undang pemantauan berhubung barangan keperluan. Bimbang nanti harga dipasaran terus meningkat sehingga tidak masuk akal kerana kerajaan tidak memantau.

Ketika ini, rakyat memerlukan pemimpin terutama pihak kerajaan, oleh itu diharapkan pemimpin dan pihak kerajaan dapat memberi bantuan yang sewajarnya.

Jangan tunggu bila Dewan Rakyat terbubar dengan sendiri baru ingin mencari dan memerlukan rakyat.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?