Had Umur Jemaah Haji

 Penulisan kali ini, aku tertarik kepada topik Had Umur Jemaah Haji yang ditetapkan. Umumnya setiap Umat Islam yang berkemampuan diwajibkan ke atas mereka untuk menunaikan ibadah Haji sekali seumur hidup. Ia merupakan Ibadah yang  termasuk Rukun Islam yang ke-5. 

Menjadi Impian setiap Umat Islam untuk menunaikan Ibadah Haji jika berkemampuan, oleh itu ramai yang menabung sekian lama, namun mungkin keadaan semasa membuatkan umat Islam hanya mampu berhajat tetapi pasti tidak dapat menunaikannya.

Berdasarkan laporan seperti di hmetro atau awani, di antara syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi ialah hanya Jemaah berusia 18 tahun 65 tahun dibenarkan menunaikan Haji. 

Selain itu syarat lain yang ditetapkan ialah bacaan gula dalam darah (mungkin merujuk pesakit kencing manis), tekanan darah serta BMI (berat badan) bagi setiap bakal jemaah wajib normal atau terkawal nilai bacaannya.

Semestinya syarat terbaru yang dikeluarkan ini, mengecewakan ramai pihak terutama warga emas yang sekian lama menabung dan menanti peluang untuk terpilih bagi menunaikan Ibadah Haji.

Aku berkesempatan bersembang dengan seorang warga emas di warung kopi berkaitan dengan had umur bakal Jemaah Haji, beliau berusia 75 tahun. Beliau sedikit rasa kecewa dengan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Walaubagaimanapun, warga emas terbabit redha kerana bukan disebabkan dirinya tidak ingin menunaikan ibadah Haji jika berkemampuan. Tetapi ia disebabkan had umur yang telah ditetapkan. 

Disebabkan itu, warga emas terbabit dan pasangan bakal menunaikan ibadah Umrah bulan hadapan, nasib baik Umat Islam belum dikenakan sekatan had umur bagi mereka yang ingin melakukan ibadah Umrah.

Berdasarkan pengalaman hidup aku, ramai dikalangan Umat Islam disekeliling aku harus menabung terlebih untuk menunaikan haji kerajaan pekerjaan sebagai petani dan tukang rumah. Bila usia semakin meningkat tua baru wang simpanan untuk ibadah Haji mencukupi.

Mungkin ada hikmahnya mengapa kerajaan Arab Saudi meletakkan syarat sedemikian rupa. Pada aku, kita telah berusaha untuk menyempurnakan Rukun Islam yang ditetapkan tetapi usaha tersekat dan ia diluar kemampuan.

Allah SWT Maha mengetahui setiap apa yang terjadi. Jika ibadah Haji tidak dibenarkan, maka gunakan wang yang disimpan melakukan ibadah umrah.




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?