Apa Pilihan PAS

 Catatan kali ini, aku ingin mengupas isu berasaskan laporan akhbar tempatan, di antaranya ialah bharian, utusan dan FMT. Semestinya ia berkaitan perkembangan politik semasa.

Ia berkaitan kenyataan balas Pengerusi Barisan Nasional terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS. Merujuk laporan akhbar Bharian.

Berdasarkan laporan akhbar tersebut, keadaan semakin jelas dan aku berharap PAS sedar bahawa saat ini PAS perlu membuat pilihan. Mustahil untuk MN atau PN menjadi satu pada pandangan peribadi aku.

Aku percaya rakyat Malaysia mengetahui kewujudan Muafakat Nasional (MN) yang terdiri dari kerjasama parti PAS dan UMNO. 

Kemudian rakyat Malaysia turut mengetahui bahawa PAS menyertai Perikatan Nasional (PN), di anggotai oleh beberapa buah parti dan di antaranya ialah BERSATU.

Sebelum ini, aku melihat PAS cuba mempertahankan kedua-duanya iaitu MN dan PN. Pada pendapat aku, ia sangat sukar kerana dasar dan hala tujunya mengikut pemahaman aku, jelas berbeza.

Sejujurnya aku sebagai rakyat bawahan, menyokong kewujudan MN ketika di awal penubuhannya. Satu kerjasama yang sangat baik berdasarkan keputusan beberapa Pilihan Raya Kecil terdahulu.

Namun kini, aku secara peribadi tidak nampak hala tuju MN. Tambahan pula kenyataan balas yang dikeluarkan oleh Pengerusi BN. Maka diharapkan PAS sedar, siapa kawan dan siapa lawannya kini.

Aku bukan penyokong BN atau PAS. Cuma aku kesal bila kerjasama yang elok terbina dengan kewujudan MN, kini bagaikan telah retak seribu. 

Aku berpendapat ia tidak mampu diselamatkan lagi kerana ada pihak yang berasa kuat dan tidak lagi perlu sokongan sebagaimana sebelumnya.

Aku nampak BN dan PAS seperti kembali kepada situasi sebelum kewujudan Muafakat Nasional. Mungkin itu yang terbaik pada parti masing-masing tetapi mungkin tidak kepada rakyat secara umumnya.

Aku berpendapat PAS kini tidak perlu lagi memilih di antara MN atau PN. Situasi cukup jelas pada aku untuk PAS fokus pada satu kerjasama sahaja. PRU ke-15 boleh berlaku pada bila masa sahaja saat ini.

Jika orang mengatakan kita sebagaimana contoh laporan berikut sinar dan kosmo. Adakah masih ingin masih ingin berkawan?. Jika terjadi kepada aku, cukup setakat ini sahaja persahabatan kita.

Kemudian berdasarkan laporan berikut bharian, awani dan sinar. Adakah masih relevan untuk mempertahankan kerjasama?. Sesungguhnya aku percaya ada hikmah di atas apa yang terjadi.

Pada pendapat aku, menjadi lumrah bahawa ada waktunya kerjasama sesama parti itu elok dan ada waktunya sebaliknya. Pertahankan pada masih kukuh, biarkan pada telah rapuh.

Politik wujud kerana bukan buat pihak tertentu tetapi untuk rakyat semestinya. Ada PRU ke-15 berlaku ikut tempohnya atau di awalkan seperti apa yang di inginkan?.

Aku berpegang bahawa manusia itu tidak sempurna namun tetap harus berjaga pada tutur kata. Mungkin kerjasama BN dan PAS bakal tertulis sebagai sejarah indah dalam ketamadunan bangsa.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?