AIR KELANTAN PART 4

 Disebabkan tekanan air paip rumah aku tetap rendah setelah bersabar sejak dari Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Aku membuat aduan rasmi kepada pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Pagi ini, plumber dari AKSB datang ke rumah bagi membuat pemeriksaan, berdasarkan kenyataan tidak rasmi plumber yang datang. Sememangnya tekanan air ketika ini di kawasan Pekan Ketereh sangat rendah.

Aku pelik kerana  sebelum tangki air AKSB Ketereh dinaik taraf menjadi Loji Rawatan Air (LRA), tekanan air adalah stabil. Sangat memuaskan hati, namun apabila ia dinaik taraf kepada LRA. Perkhidmatan bekalan air AKSB bagi kawasan Ketereh sangat mengecewakan.

Malah, plumber AKSB berkongsi, hanya ketika waktu malam baru tekanan air lebih tinggi berbanding waktu siang. Malah, aku nampak seperti tiada usaha pihak syarikat untuk mengatasi masalah tersebut.

Plumber AKSB memberi cadangan bagi mengatasi masalah tekanan air adalah dengan aku memasang tangki simpanan air tambahan di luar rumah beserta mesin air sekali. Wow mudahnya menyelesaikan masalah pengguna.

Bila pengguna marah berhubung isu bekalan air di Kelantan, ada sahaja alasan diberikan terutama kenyataan demi kenyataan dari Timbalan Menteri Besarnya sendiri.

Hakikat aku sudah mual bila berdepan dengan isu yang tidak nampak jalan penyelesaian. Bukan sekali-sekala berdepan dengan masalah air. Kadangkala aku dan family terputus bekalan air paip dalam 2-3 hari.

Pelik jika pihak pengurusan AKSB dapat tidur lena sedangkan masalah masih banyak belum diselesaikan. Masih wujud beberapa kawasan yang tidak mendapat bekalan air.

Aku cuba semak kos yang diperlukan bagi memasang tangki simpanan air ke-2. Paling maksimun aku perlu ada dalam tangan 1000 ringgit.

Hai AKSB, hai Timbalan Menteri Besar Kelantan. Semoga Allah SWT mengadili kalian di atas muka bumi lagi. Ameen



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?