Desak Bubar Dewan Rakyat

Penulisan kali ini aku ingin berkongsi pandangan berkenaan isu desakan pihak tertentu untuk Perdana Menteri membubarkan Dewan Rakyat bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan.

Difahamkan, tempoh matang Dewan Rakyat adalah sehingga tahun 2023 iaitu tahun hadapan. Tapi ada pihak sepertinya tidak mampu bersabar untuk menanti tarikh matang Dewan Rakyat.

Jika kita meneliti beberapa laporan semasa seperti awani,bharian dan sinar. Desakan demi desakan terus diberikan agar Dewan Rakyat di bubarkan.

Adakah disebabkan kemenangan demi kemenangan yang diperolehi pada beberapa Pilihan Raya Negeri menyebabkan timbulnya desakan tersebut?.

Adakah pihak yang mendesak benar-benar yakin mampu menguasai Dewan Rakyat kembali seperti sebelum PRU ke-14?.

Pada aku, seeloknya semua pihak sabar dan tunggu sehingga Dewan Rakyat sampai pada tempoh matangnya. Baik fokus kepada proses pemulihan ekonomi rakyat ketika ini.

Tanggungjawab membantu rakyat menjalani proses pemulihan bukan hanya terletak di tangan kerajaan sekarang, tetapi melibatkan kesemua 222 ahli parlimen.

Aku berpandangan desakan pembubaran Dewan Rakyat merupakan sikap pentingkan diri setengah pihak. Bukan kehendak rakyat inginkan Pilihan Raya Umum ketika ini.

Rakyat ingin pemulihan ekonomi, semua barangan keperluan semakin meningkat harganya. Mungkin margin kenaikan adalah kecil namun cukup beri bebanan kepada rakyat yang berada dalam kelompok B40.

Aku percaya ahli Parlimen seramai 222 orang merupakan mereka yang berada dalam kelompok pendapatan T20. Pendapatan mereka jauh lebih tinggi dari rakyat bawahan.

Proses pemulihan ekonomi pada aku turut melibatkan keyakinan pelabur asing untuk kembali melabur di Malaysia. Jika kita asyik sibuk perkara berkaitan politik, aku bimbang risiko kita kehilangan keyakinan pelabur untuk menanam modal di dalam negara.

Pada aku, tidak perlu mendesak jika waktunya sangat dekat, hanya tinggal tempoh setahun sahaja lagi untuk Dewan Rakyat di bubar atau terbubar dengan sendirinya.

Elok ketika ini, semua pihak bukan hanya kerajaan atau pembangkang. Sama-sama berusaha untuk negara kembali pulih sepenuh selepas kita berdepan dengan Pandemik yang sangat dasyat.

Jika Parlimen dibubarkan dan PRU diadakan, kemudian keputusannya hampir sama seperti PRU ke-14. Bagaimana?. Jangan terlalu yakin wahai pemimpin politik.

Sesungguhnya Allah SWT Maha menentukan siapa bakal menang dan siapa bakal kalah. Allah SWT Maha pemilik hati para pengundi di Malaysia.

Jika keputusan PRU ke-15 sama seperti PRU ke-14. Adakah rakyat kembali disalahkan?, 


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?