Pembedahan Kecil

 Catatan hari ini, in sha Allah, cousin aku akan menjalani pembedahan kecil hari ini setelah pihak Hospital berjaya mendapatkan slot pembedahan bagi cousin aku. 

Mak cik aku yang baru pulang ke Kelantan pada Jumaat yang lalu terpaksa bergegas ke Kuala Lumpur sekali lagi untuk menemani anaknya bersama anak yang bongsu.

Saudara-mara di kampung hanya mampu berdoa semoga pembedahan kecil tersebut berjalan lancar. Pada awalnya mak cik aku beranggapan cousin aku akan mendapatkan slot pembedahan dalam tempoh mungkin 2-3 bulan berikutnya.

Alhamdulillah, Allah SWT mempermudahkan segala urusan, pembedahan kecil cousin aku jatuh pada hari ini. 

Mak cik aku kali ini tidak menaiki kapal terbang seperti sebelumnya, hanya menaiki bas walaupun pada awalnya cousin aku ingin menempahkan tiket kapal terbang.

Kasih seorang ibu, walaupun penat masih belum hilang, apabila mendengar anak akan menjalani pembedahan, dikuatkan diri untuk menemani anak yang semestinya memerlukan ibunya sebelum dan selepas pembedahan diadakan.

Sebelum itu, mak cik sempat berkongsi cerita sepanjang cousin aku mendapatkan rawatan di hospital kerajaan terbabit. Nurse dan Doktor yang berasal dari Kelantan, banyak beri bantuan kepada mak cik dan cousin aku dari segi urusan hospital dan nasihat rawatan.

Maklumlah mak cik aku bukan tahu atau faham apa-apa berkaitan perubatan terutama yang berkaitan dengan penyakit yang cousin aku hidapi saat ini.

Bila mak cik memberitahu nurses dan doktor dari Kelantan, banyak membantu. Aku tersenyum sendirian. Ia menunjukan betapa kuat ikatan antara kami warga Kelantan walaupun baru sahaja mengenali.

Mak cik dijangka akan berada di Kuala Lumpur selama seminggu, sekiranya proses pembedahan dan pemulihan berjalan lancar. 

Awal Julai depan cousin aku akan memulakan latihan praktikal di Terengganu selama 6 bulan. Diharapkan segalanya berjalan lancar. In sha Allah.

Semoga cousin aku cepat sembuh dan dapat pulang beraya Aidiladha yang dijangkakan pada minggu kedua Julai nanti.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?