Ketuanan

 Penulisan kali ini, aku tertarik pada konsep yang sering aku dengar iaitu konsep "Ketuanan". Satu konsep yang sering aku dengar sejak dari kanak-kanak sehingga dewasa.

Konsep ini biasa digunakan oleh parti politik tanpa aku faham matlamat konsep ini bila sering dikatakan kepada umum.

Cuma aku ingin menyentuh persoalan, adakah benar Melayu masih menjadi Tuan?. Berdasarkan maksud Ketuanan merujuk wikipedia dan DBDP. Apakah Ketuanan itu hanya merujuk kepada penguasaan politik semata-mata?.

Konsep Ketuanan  pada pendapat aku telah melalui perubahan berdasarkan catatan sejarah. Ia mungkin sangat tepat ketika digunakan dalam melawan dasar Malayan Union yang diperkenalkan oleh penjajah British dalam tahun 1940-an.

Adakah ia masih relevan di saat ini?. Jika merujuk laporan portal FMT atau Malaysiatercinta berkaitan senarai orang terkaya di Malaysia. Mengapa hanya beberapa orang Melayu sahaja yang tersenarai?.

Seharusnya jumlah orang melayu yang tersenarai sebagai 50 orang terkaya di Malaysia seimbang dengan kaum-kaum yang lain.

Mungkin disebabkan kita hanya fokus kepada penguasaan politik semata-mata sehingga orang lain yang berjaya dalam penguasaan ekonomi. Aku tidak pasti bagaimana peratusan berdasarkan kelompok B40, M40 atau T20.

Mungkin disebabkan kita hanya fokus kepada Ketuanan, maka kita disajikan dengan peristiwa penukaran Perdana Menteri beberapa kali dalam tempoh singkat.

Aku melihat senario politik global terutama di negara barat seperti Amerika Syarikat. Aku sentiasa tertanya-tanya, siapakah  yang memainkan peranan penting dalam mengatur halatuju politik Amerika Syarikat?. 

Pada pendapat aku, mungkin pihak yang memainkan peranan penting menentukan hala tuju politik Amerika Syarikat adalah Billionaire mereka.

Oleh itu, jangan terlalu taksud dengan konsep Ketuanan jika hakikat sebaliknya. Jangan hanya fokus kepada politik kerana aku melihat bukan semua merasai hasil politik itu sendiri.

Aku berbicara berdasarkan keadaan, lihat sahaja kawasan kedai Ketereh ini, majoriti penduduk di sini adalah Melayu tetapi jika melihat penguasaan ekonomi, maka jelas berbeza.

Oleh itu, jika masih fokus kepada penguasaan politik semata-mata, bukan semua boleh dilantik menjadi pemimpin politik tetapi semua boleh menjadi usahawan yang berjaya. 



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?