Harga Barang Mula Naik

 Penulisan kali ini, aku ingin berkongsi pandangan berkaitan kenaikan harga barangan di pasaran tempatan.

Berdasarkan beberapa laporan berikut bharian, sharian dan utusan. Naikan harga barang adalah pasti terjadi cuma seberapa besar margin kenaikan tersebut.

Aku selama ini, tidak begitu terasa kenaikan harga barang disebabkan hanya tinggal berdua dengan ibu. Kini mulai merasakannya bila produk aiskrim yang sebelum ini aku beli RM1.80 sen satu menjadi RM2.00 satu.

Jika dibuat bancian, aku percaya banyak barangan keperluan atau kegunaan harian yang mula menunjukan kenaikan walaupun tidak begitu ketara.

Hal ini bermakna bukan hanya ayam proses sahaja mengalami kenaikan harga, barangan lain sama. Adakah pembeli sedar atau tidak kenaikan tersebut.

Malah aku terasa ada pihak cuba mengambil kesempatan di atas kenaikan yang berlaku, bayangkan harga maggi goreng yang biasa dijual di antara RM4 - RM 5 sebungkus, naik sehingga RM6 sebungkus.

Aku berharap pihak berkuasa seperti KPDNHEP membuat pemantauan harga barangan keperluan termasuk makanan siap masak di kedai-kedai terutama di kawasan pinggir dan luar bandar.

Kebanyakan rakyat Malaysia dalam kumpulan B40 tinggal di kawasan pinggir dan luar bandar. Sebab itu aku berharap pemantauan harga kerap dilakukan di kawasan lokaliti tersebut.

Minyak masak di antara aku perasan, mengalami kenaikan harga dan kesukaran untuk mendapatkannya. Mengapa?.

Pada pendapat aku, jika seorang pengusaha memonopoli pengeluaran sebuah produk yang mendapat permintaan tinggi, maka pengusaha terbabit berupaya mengawal harga melalui kawalan kuantiti pengeluaran produk.

Bila permintaan melebihi pengeluaran, maka berlaku kenaikan. Siapa yang menawarkan harga lebih tinggi maka dia yang bakal mendapat bekalan. Begitu konsep mudah difaham sebagaimana harga ayam proses di pasaran.

Pada pandangan aku, rakyat atau pembeli atau pengguna harus sedar bahawa kita mempunyai kuasa untuk mengawal kenaikan harga barang di pasaran.

Sebagai contoh, jika kita tidak membeli ayam dalam tempoh tertentu, pasti berlaku lambakan bekalan ayam di dalam pasaran sekali gus membuatkan harga ayam turun.

Konsep sama untuk harga barangan lain.

Bagi mereka yang tinggal di pinggir atau luar bandar, boleh mula praktik menanam sayuran sendiri seperti tanaman lada, kunyit, serai dan banyak lagi tanaman yang mudah tumbuh.

Menanam sendiri mula dipraktikan maka berlaku lambakan bekalan sayur di pasaran, seterusnya harga dapat dikurangkan.

Tahun-tahun lepas, aku wajib makan makanan fast food setiap bulan. Namun bila berlaku naikan kos barang keperluan, bagi tempoh 6 bulan ini, hanya sekali sahaja aku makan makanan fast food.

Apa yang aku ingin sampaikan ialah para pengguna atau rakyat Malaysia, harus mula mengawal perbelanjaan sekarang terutama kelompok B40.

Semestinya kelompok M40 tidak begitu terkesan dengan kenaikan barangan asas sebagaimana kelompok T20 yang masih mampu beli barangan kehendak yang bernilai ratusan atau ribuan ringgit.

Oleh itu, bila harga barang mula naik, kita tertentukan bagaimana menguruskan kewangan kita agar tidak naik sama kerana masa depan kita dan negara masih panjang dan belum pasti.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?