Bantuan Bencana part 2

 Peristiwa dilanda ribut pada 19hb yang lalu masih mendatangkan trauma bagi sesetengah pihak termasuk aku sendiri. Kesan kemusnahan harta benda mangsa yang terbabit adalah berbeza. Ada yang sangat teruk, ada yang terkena tempiasnya sahaja.

Menteri K-Kom selaku ahli Parlimen Ketereh telah memberi sedikit sumbangan peribadi buat mangsa yang terlibat. Nilai yang diberikan adalah sama rata. 

Cuma dari ucapan yang diberikan oleh beliau sebelum sumbangan diserahkan ialah pihak ahli Parlimen akan usaha mendapatkan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan bagi sumbangan terhadap mangsa yang mengalami kerugian melebihi nilai RM seribu ringgit.

Maka ramailah dikalangan mangsa berangan bakal mendapat sumbangan dari kerajaan persekutuan. Aku sendiri yang mengalami kerugian hampir 2 ribu ringgit turut berangan ada rezeki buat kami sekeluarga.

Namun mengenangkan ketika ini, musim PRU ke-15, adakah peruntukan yang dikatakan itu masih ada untuk para mangsa?. Aku sendiri tidak pasti, apa yang aku tahu, ramai yang mengharapkan apa yang dijanjikan oleh YB Menteri K-Kom berhubung bantuan bencana, menjadi kenyataan.

Aku faham, mungkin bukan semua pemohon atau mangsa benar-benar jujur mengemukakan jumlah kerosakan yang di alami oleh mereka. Sebab itu, aku percaya bahawa ia boleh dinilai sendiri oleh pihak yang berkaitan sebelum kelulusan diberikan kepada mangsa-mangsa yang benar-benar mengalami kerugian yang besar.

Seandai sampai kerajaan baru terbentuk dan bantuan tetap tidak diperolehi, maka semua harus sedar dan ikhlaskan diri bahawa bukan rezeki untuk menerima sedikit pampasan di atas kerugian yang dialami.

Berpegang bahawa setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya buat kita semua, sama ada yang terlibat atau sebaliknya.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?