Pilih Parti atau Calon?

 Rakyat Malaysia bakal memilih dengan Pilihan Raya Umum kali ke-15. Dikatakan PRU akan berlangsung ketika Malaysia berada dalam musim Tengkujuh. 

Kebiasaan yang berlaku musim tengkujuh ialah banjir yang kerap terjadi di beberapa buah negeri terutama di kawasan pantai timur Malaysia. Mengundi sambil mengharungi banjir?, mungkin!.

Apa pilihan rakyat Malaysia nanti?, bagaimana rakyat Malaysia menilai dan membuat pilihan?. Adakah rakyat Malaysia bakal memilih berdasarkan kepada Parti yang bertanding atau Calon?.

Aku secara peribadi memilih dengan melihat siapa yang bakal menjadi calon yang bertanding pada PRU nanti. Walaupun parti yang diwakili merupakan parti yang kuat, namun adakah calon yang dikemukakan sepadan dengan parti yang diwakili?. Itu hanya pendapat peribadi aku semata-mata. 

Mungkin rakyat Malaysia juga harus melihat kepada siapa calon bagi kawasan Dun atau Parlimen sebelum hari pengundian. Bukan hanya berdasarkan kepada parti semata-mata. 

Jangan mengamalkan konsep mencuba kerana tempoh 5 tahun, bukan satu tempoh yang pendek bagi kemajuan negara dan rakyat. Jika benar pilihan, alhamdulillah tetapi jika sebaliknya. Semoga Allah SWT melindungi kita semua.

Walaupun parti yang bertanding merupakan parti utama negara, jika calon yang dikemukakan tiada kredibiliti sebagai pemimpin rakyat. Mengapa kita harus mencuba lagi?.

Adakah wajar untuk rakyat memilih calon yang mempunyai isu-isu yang belum diselesaikan?, atau calon yang disabitkan bersalah atas rasuah?. Aku faham jika ada yang menyokong berdasarkan Parti bukannya berdasarkan Calon. Ia adalah masing-masing kerana Malaysia merupakan negara yang demokrasi.

Bagaikan sebuah jentera yang terbaik dari segi enjin dan bentuknya tetapi jika pemandunya seorang bermasalah. Adakah selamat untuk kita menaiki jentera terbabit?. 

PRU kali ini merupakan PRU yang pertama kali membenarkan rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun, membuat pilihan dan mengundi siapa bakal pemimpin mereka di peringkat negeri atau persekutuan.

Jumlah pengundi akan meningkat bagi setiap parlimen atau Dun yang dipertandingkan. Pengundi 18 tidak hanya mendengar atau melihat bakal calon bagi PRU akan datang, sebaliknya para pengundi 18 sekarang lebih bijak menilai bakal pemimpin mereka kelak.

Dalam family aku sendiri, hampir 5 orang pengundi 18. Mereka teruja untuk mengundi dan mempunyai pendapat tersendiri tentang siapa yang bakal mereka undi. Paling menarik ialah mereka tidak melihat sejarah Parti yang bertanding tetapi kepada siapa calon yang bakal bertanding.

Oleh itu, aku percaya dan yakin bahawa calon muda lebih mendapat tempat dikalangan pengundi muda kerana hanya orang muda mengetahui apa keinginan orang muda. 

Diharapkan pemimpin lama, harus sedar bahawa sudah tiba waktunya negara ini ditadbir oleh pemimpin muda sebagai pemimpin negara-negara lain. 


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?