Minister's Press Conference

 Bila bekerja di sektor awam, perkara yang biasa berlaku ialah menyediakan tempat untuk YB Menteri dan pegawai kanan atasan melakukan sidang media terutama selepas merasmikan atau berlangsungnya program peringkat kebangsaan.

Dijadikan kisah,  salah satu pengalaman dan kenangan aku ketika berkhidmat di KBS, membantu team utama menyediakan ruang sidang akhbar. Ketika ada satu program yang berlangsung di sebuah hotel bersebelahan shopping mall di Putrajaya.

Team utama request dari pihak hotel untuk room bagi sidang media, tetapi permintaan tersebut tidak dapat ditunaikan. Masing-masing dah cuak kerana andai gagal menyediakan ruang sidang media tersebut, confirm ke smash dengan big-big boss bermula dengan TKP dahulu.

Kerusi dan meja ada disediakan cuma ruang yang ada sebelah ruang makan. Ikut logik memang confirm semua kena tukar. Hahahaha. Aku minta maaf jika tersalah claim, cuma seingat aku, menjadi salah seorang yang request dari pihak hotel papan penghadang untuk memisahkan  ruang sidang media terbabit.

Papan penghadang ada, tapi ruang nampak kosong. Aku minta maaf jika terlebih claim, aku minta pihak hotel sediakan kain perca 2-3 warna berbeza. Nasib baik ada dan sempatlah menghias ruangan tersebut.

Walaupun orang tidak melihat siapa yang beri cadangan, orang hanya melihat adakah masalah berjaya atau tidak diselesaikan. Alhamdulillah, semua selamat dan tidak perlu ditukarkan.

Sidang Media berjalan lancar, Datuk KSU happy, Datuk KP happy, TKP pun happy.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?