Bantuan Bencana

 Kelmarin, aku mewakili ma untuk menghadiri majlis sumbangan kepada mangsa ribut di kawasan Parlimen Ketereh oleh YB Menteri Komunikasi Multimedia Malaysia, merangkap bekas ahli Parlimen Ketereh.

Pada aku, perhatian yang sebegini diharapkan dari seorang pemimpin terutama pemimpin yang aku kenali sejak dari aku di usia kanak-kanak lagi. 

Arwah abah merupakan ahli UMNO cawangan Ketereh, sangat menghormati pemimpin tersebut bahkan seandainya ada sesiapa yang mengkritik pemimpin tersebut walaupun aku sendiri, pasti dimarahnya.

Semua mangsa ribut berkumpul menanti kehadiran bekas ahli parlimen Ketereh yang sampai lewat dari waktu yang dijanjikan. Bila sebut pemimpin, punctual itu sangat mustahil, aku faham.

Waktu ketika itu menunjukan masa menghampiri jam 4 petang, sebentar lagi akan masuk waktu solat asar. Semestinya bukan itu yang dinantikan oleh para mangsa bencana.

Akhirnya YB Menteri sampai, beliau beri ucapan ringkas. Paling penting tiada elemen politik yang ketara dimasukan dalam ucapan beliau, namun ada sesuatu yang menarik perhatian ialah sumbangan berkala yang biasa dilakukan oleh beliau, diharapkan sampai kepada rakyat yang sepatutnya bukan kepada pihak tertentu semata-mata. Seterusnya sesi memberi sumbangan kepada mangsa bencana.

Alhamdulillah, walaupun sumbangan yang diberikan tidak cukup untuk menampung kos baik pulih kerosakan yang dihadapi. Namun ia sangat aku hargai kerana pemimpin yang prihatin adalah pemimpin yang cuba membantu walaupun sedikit.

Manakala keadaan rumah ma, masih dalam proses baik pulih, hasil dari dana abang aku sendiri. Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya. YB Menteri sempat memberi janji meneliti laporan yang dikemukakan oleh setiap mangsa melalui penghulu kawasan masing-masing.

Jika ada yang dirasakan layak oleh YB Menteri, sumbangan tambahan akan diberikan berdasarkan peruntukan bencana alam yang ada.










Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?