Kisah Pindah Rumah

 Aku teringat satu kenangan yang cukup manis apabila di ingati kembali ketika masih bergelar mahasiswa dahulu. Aku dan beberapa orang kawan, pernah mengambil upah angkat barang orang yang ingin pindah rumah.

Satu hari, aku tengah lepak bilik pok nik (kaunselor di KPTM Pasir Mas). Tiba-tiba mat zul (budak ganu belajar kejuruteraan) masuk dalam bilik tersebut sambil bertanyakan adakah kami berminat mengambil upah angkat barang kerana abangnya ingin pindah rumah.

Aku ketika itu, hanya mengikut suara majoriti. Akhirnya kami bersetuju untuk bantu abang mat zul untuk pindah rumah. Hari yang dijanjikan telah tiba, kami menuju ke lokasi yang ditetapkan dan bila sampai ternyata rumah apartment.

Kami harus membawa barangan dari tingkat atas turun ke tingkat bawah. Tiada lift disebabkan ia adalah apartment 4/5 tingkat. Barangan yang perlu dipindahkan seperti katil, almari baju dan lain-lain lagi.

Sejujurnya aku memang tak larat gila waktu itu, namun mengenangkan upah yang bakal diberikan kepada kami. Aku gagahkan juga untuk mengangkat barangan rumah dan bawa turun perlahan-lahan.

Aku tidak ingat tempoh masa yang diambil untuk memindahkan semua barang. Titisan peluh, tidak mampu digambarkan lagi. Akhirnya waktu upah diberi menjadi keterujaan aku dan kawan-kawan.

RM50 seorang, upah hasil keringat sendiri. Walaupun satu badan sakit, ia merupakan pengalaman hidup ketika bergelar pelajar Universiti.

Paling kelakarnya ialah wang upah tersebut, aku dan rakan-rakan guna untuk beli makanan di fast food. Makanan yang hanya mampu dibeli bila pinjaman PTPTN masuk tapi hanya budak UM yang tahu, baki pinjaman yang pelajar perolehi setelah segala yuran telah dijelaskan.

Seingat aku, itu merupakan kali pertama dan terakhir mengambil upah angkat barang rumah orang sebab tiada lagi tawaran diberikan kepada aku dan rakan-rakan sepanjang kami di Universiti.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?