Hampir Ke Sabah

 Di bulan-bulan terakhir aku berkhidmat di Putrajaya, setiap tugasan yang diberikan aku selesaikan dengan jayanya. Cuma ada perkara yang membuatkan aku sedikit kecewa, tidak tahu apa salahnya.

Program kapal belia merupakan salah satu program yang aku turut terlibat, dalam 40% penglibatan aku dalam program tersebut. Jadual program tersebut ialah kapal akan singgah di beberapa buah negara ASEAN termasuk Malaysia.

Pada waktu, mereka memilih sabah sebagai lokasi berlabuh. Persiapan mula dijalankan, aku sekadar membantu dari segi pentadbiran. Pada awalnya Pengarah mencadangkan agar aku turut serta di majlis tersebut di Sabah.

Aku tidak pernah ke Sabah sepanjang hidup aku, mungkin ia bagaikana hadiah sempena aku akan ditamatkan perkhidmatan di Kementerian tersebut pada 31 Disember 2015. Aku mula teruja dan happy.

Walaubagaimanapun keterujaan aku mula hancur apabila bos kepada bos aku, tidak memberi kebenaran untuk aku turut serta program kapal belia yang berlabuh di Sabah pada saat-saat akhir. Aku tidak mengetahui alasannya mengugurkan nama aku di saat akhir.

Allah SWT sahaja yang tahu betapa hancur perasaan aku ketika itu. Nasib aku tidak dibela setelah pihak Jabatan membuat keputusan memberhentikan aku setelah 4 tahun berkhidmat. Peluang untuk ke Sabah, turut dinafikan.

Setelah sekian lama aku menyimpan rasa, kini aku meluahkan segalanya kerana kecewa. Jika ada suara berkata, khidmat aku tidak seberapa. Tidak apa kerana Allah SWT tahu segalanya.

Lumrah kerja di Putrajaya, harus pandai bermain kata kerana seloka sakit di mata pedih dijiwa. Walaupun kerja tidak seberapa janji bodek sentiasa. Belum rezeki untuk ke Sabah walaupun nama telah ada di tiket. Angkara pegawai atasan yang ada kuasa. Tukar ganti sahaja tanpa tanya apa yang orang bawahan rasa.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?