AIR KELANTAN PART 5

 Pagi ini, aku bangun awal seperti biasa untuk mempersiapkan diri sebelum waktu Subuh. Kebiasaan pada waktu pagi, air di tangki simpanan ada berbanding waktu siangnya. tetapi kali ini bila aku buka paip air, hanya angin sahaja yang keluar.

Demi Allah SWT, aku berasa sangat marah dengan keadaan ini. Aku dan keluarga dalam 2-3 bulan ini, mengambil sikap bersabar bila tekanan bekalan air paip yang disediakan oleh AIR KELANTAN SDN BHD (AKSB) sangat rendah.

Hal ini disebabkan bila malam, tekanan air paip lebih tinggi berbanding waktu siang membuatkan ia masuk dalam tangki simpanan. Tetapi hari ini, langsung tiada, bila buka paip air di luar rumah, bekalan air ada cuma tekanan sangat rendah.

Demi Allah SWT, aku sering terfikir. Bagaimana pihak pengurusan AKSB boleh tidur lena ketika isu bekalan air di Kelantan ini masih lagi wujud masalahnya?. Adakah kerana mereka merasakan mereka confirm masuk syurga disebabkan mereka berkhidmat di bawah kerajaan pimpinan parti PAS?.

Timbalan Menteri Besar Kelantan adakah confirm masuk syurga walaupun mengajar ilmu agama?, berserban dan berjubah?. Aku selaku rakyat Kelantan, tidak menghalalkan setiap gaji yang diterima oleh pimpinan negeri Kelantan kerana kegagalan menyelesaikan masalah ini.

Bila rakyat menegur, rakyat kembali disalahkan. Pemimpin begini yang mahu memimpin rakyat ke Syurga?. Sepanjang 40 tahun aku hidup, aku lalui banyak keadaan jika menyentuh soal bekalan air paip di Kelantan.

Pada satu ketika, bekalan air memang kuat, seronok untuk membasuh pakaian atau pinggan mangkuk. Kemudian apabila loji air Ketereh dinaik taraf. Aku mula merasai perbezaan, bukan semakin baik tetapi sebaliknya. Ia amat mengecewakan.

Jika menukar tampuk pemerintahan kerajaan negeri di Kelantan mampu mengubah situasi bekalan air paip menjadi lebih baik, aku berdoa semoga Allah SWT MENUKARKAN KERAJAAN PAS di Kelantan dengan kerajaan baru yang lebih baik. Ameen.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?