Di landa Ribut

Aku sangkakan petang ini adalah petang yang sama seperti hari-hari sebelumnya. Rupanya sangkaan aku salah sama sekali. 

Ada ujian atau dugaan yang sama sekali tidak dijangka telah terjadi, mungkin kali pertama dalam hidup. Bukan bencana banjir seperti selalu diramalkan tetapi bencana ribut yang kesannya sukar diterima akal. 

Tiba-tiba warna langit semakin gelap, menandakan hujan akan turun. Ternyata, bukan hanya hujan yang turun kali ini tetapi turut bersama ialah tiupan angin ribut yang dasyat sehingga menerbangkan apa sahaja yang dalam waktu yang sangat singkat.

Aku seperti menonton babak filem aksi hollywood ketika ia berlaku. Ngauman yang sangat dasyat, sehingga ma menitis air mata kerana ketakutan melihat situasi yang terjadi.

Allahuakhbar, dugaan yang tidak terduga. Ketika masing-masing dalam keadaan berjimat cermat. Allah SWT datangkan sedikit ujian. Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa yang terjadi. 

Sesungguh kita selaku manusia yang penuh kekhilafan harus sedar bahawa segalanya yang kita milik, hakikatnya ialah milik Allah SWT belaka, kita selaku hambanya harus berserah dan redha dengan apa yang terjadi.





Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?