Jom Mengundi

 Aku ingin kongsikan kisah yang berlaku pada hari pengundian. Semua sedia maklum bahawa tarikh mengundi pada kali ini, di adakan pada 19 hari bulan November 2022 iaitu hari Sabtu.

Aku mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh, hampir semua ahli keluarga aku mengundi di lokasi yang sama.

Aku hadir ke pusat pengundian pada pukul 10.00 pagi, aku beranggapan bahawa waktu itu, tidak berlaku kesesakan, tetapi ternyata jangkaan aku salah.

Pada kali ini, aku mengundi di saluran 6. Berlaku kesesakan di saluran 6 dan 8 bagi saluran muda. Manakala saluran 5,7 dan 9. Berjalan lancar. Paling menarik ialah saluran 5 tidak begitu ramai pengundi yang ada ketika itu.

Aku menanti hampir 1 jam bagi saluran 6. Bagi melancarkan pergerakan pengundi, aku tolong petugas SPR untuk membuat pengumuman makluman kepada pengundi yang sedang menunggu giliran.

Alhamdulillah, setelah menanti hampir 60 minit, sampai giliran aku. Proses di bilik mengundi, boleh dikatakan hampir sama dengan proses mengundi pada tahun 2018.

Bagi Parlimen Ketereh, 4 nama tertera pada helaian kertas undi. Setelah membuat pilihan, masukan kertas undi pada peti undi, keluar dan balik. Selaku pengundi, semestinya aku mendoakan semoga calon pilihan aku menang. In sha Allah.

Aku tidak bertangguh lagi, terus balik kerana bimbang satu perkara iaitu COVID19. Mengapa?, pesakit Covid19 dibenarkan untuk mengundi bersama pengundi yang lain. Pegawai penyelaras SPR yang memantau, tidak putus-putus mengingatkan para pengundi agar berhati-hati, bimbang terkena jangkitan.

Kisah mengundi berakhir dengan baik sekali, terutama adik-adik saudara-mara aku yang baru pertama kali mengundi. Selamat menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Kini, hanya tinggal menanti keputusan di umumkan pada waktu malamnya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?