Manifesto

 Masa untuk rakyat Malaysia membuat pilihan bagi tempoh 5 tahun akan datang semakin hampir. Semua pihak yang bertanding pada kali ini, terus berusaha keras dalam menyakinkan rakyat di kawasan masing-masing untuk memilih mereka nanti.

Perkara yang normal apabila setiap kali pilihan raya, parti-parti politik yang bertanding akan memperkenalkan manifesto masing-masing.

Apa itu manisfesto?, adakah ia penting pada setiap kali pilihan raya?. Pada aku, manisfesto mungkin penting kerana ia lebih kepada sebuah janji parti politik yang kepada rakyat yang bakal memilih nanti.

Manisfesto yang baik, pasti dapat memikat hati rakyat nanti. Itu yang biasa terjadi.

Sepanjang aku hidup di atas dunia ini, semua manisfesto yang aku dengar, baca dan lihat. Menawarkan janji-janji yang manis dan aku amat pasti bukan semua manisfesto yang dikatakan, mampu tertunai dalam tempoh 5 tahun berikutnya.

Seharusnya apabila berjanji, mestinya ditunaikan pada tempoh yang ditetapkan. Namun semestinya ada alasan diberi, jika ada manisfesto yang belum lagi ditunaikan. 

Pada aku, ia merupakan lumrah dalam kehidupan manusia. Janji diberi sebelum dapat apa yang diingini, bila dah dapat, mula buat-buat dilupai. Akhirnya rakyat juga yang sakit hati.

Oleh itu, rakyat harus benar-benar menilai berdasarkan pengalaman. Adakah manisfesto yang diberi, benar-benar boleh di percayai?. Jangan sampai ditinggalkan dan tiada siapa ambil peduli kerana itu yang kadangkala sering terjadi.

Manisfesto itu janji, harus ditunaikan itu yang pasti kerana kelak, diri sendiri yang rugi kerana rakyat pasti tidak mengundi lagi. Jika manisfesto dahulu janji tinggal janji.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?