Kempen Seminggu

 Tinggal beberapa hari lagi untuk rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab untuk memilih, siapakah bakal menjadi wakil mereka di Dewan Rakyat nanti. Adakah pilihan yang bakal dibuat merupakan pilihan yang tepat atau sebaliknya.

Manakala pihak atau parti yang bertanding, melalui jentera atau sukarelawan masing-masing. Semakin bekerja keras dalam beberapa hari ini, berkempen untuk memastikan calon mereka mempunyai peluang yang besar untuk memenangi pilihan raya kali ini.

Aku masih belum berpeluang untuk ketemu mana-mana calon yang bertanding. Mungkin, tiada rezeki untuk bertemu mata. Hanya mendengar khabar dari bisik-bisik orang kampung, keberadaan calon-calon yang bertanding.

Aku sendiri, belum pasti siapakah bakal aku undi pada 19 hari bulan nanti. Ada 4 calon, 3 calon dari parti popular. Ada calon BN, PN atau PAS, PKR atau Harapan dan Putra atau GTA.

Aku hanya mengenali calon dari parti BN sahaja untuk Parlimen Ketereh, beliau merupakan rakan sekelas ketika aku berada di tingkatan 1. Aku dan calon dari BN atau Barisan Nasional adalah sebaya.

Di antara perkara yang menarik bila musim pilihan raya ialah kewujudan pondok parti yang bertanding. Kedai mak cik aku, di sewa untuk dijadikan pondok parti, aku tidak pasti apakah peranan pondok parti tersebut.

Dengan tempoh berkempen yang berbaki, beberapa hari sahaja lagi. Aku melihat ada calon yang mempunyai peluang cerah untuk memenangi pilihan raya kali ini. Walaubagaimanapun, dunia politik merupakan dunia yang mudah berubah.

Hari ini, kita mungkin jangkakan calon A bakal menang tetapi apabila kemenangan di umumkan rupanya calon C yang menang. Kejutan di saat akhir.

Ketika ini, selagi tempoh berkempen masih belum tamat. Diharapkan semua calon terus berusaha menyakinkan pengundi kawasan masing-masing terutama pengundi muda atau pengundi kali pertama yang tiada pengalaman.

Usia baru 18 tahun, telah diberi tanggungjawab besar memilih pemimpin negara, siapakah bakal membentuk kerajaan pada 20 hari bulan nanti. Adakah yang dijangka atau sebaliknya?.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?