PMX

 Rakyat Malaysia kini mendapat Perdana Menteri yang baru buat kali ke-10. Setelah wujud sedikit konflik apabila keputusan PRU ke-15 diketahui sepenuhnya.

Disebabkan tiada komponen parti yang memperolehi jumlah kerusi Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan persekutuan. 

Akhirnya YDPA memilih Dato Seri Anwar Ibrahim  yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan sebagai Perdana Menteri yang ke-10.

Aku orang Islam, berbangsa Melayu. Semestinya aku berharapkan agar Pihak Perikatan Nasional yang terpilih untuk membentuk kerajaan persekutuan. 

Namun takdir menentukan segalanya, dunia politik menyajikan perkara-perkara yang kadangkala sukar untuk diterima tapi hakikat ia berlaku juga.

Aku percaya ramai dikalangan umat Islam dan bangsa Melayu yang menyokong Perikatan Nasional kecewa dengan situasi terkini politik negara. 

Namun kita harus berlapang dada kerana hakikat setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ada sebab mengapa Allah SWT memilih Pakatan Harapan menjadi kerajaan persekutuan.

Kita tidak tahu apa yang bakal menanti pada waktu berikutnya. Mungkin bakal diadakan beberapa lagi Pilihan Raya Kecil dan dimenangi oleh Perikatan Nasional

Jika sampai keadaan bilangan kerusi parlimen benar-benar majoriti berpihak kepada perikatan nasional, maka kerajaan harus bertukar.

Mengapa aku gusar bila Pakatan Harapan berjaya menguasai Putrajaya?. Hanya Allah SWT Maha mengetahui kerana siapa yang peduli dengan pandangan aku seorang penganggur yang kerja seharian mengasuh seorang ibu yang semakin tua. 

Mungkin takut dengan apa yang dirasai ketika 22 bulan Pakatan Harapan mentadbir. Namun seperti aku katakan hanya Allah SWT Maha mengetahui segalanya.

6 bulan ke hadapan merupakan tempoh penilaian terhadap Perdana Menteri ke-10. Adakah mampu membuktikan pencapaian seperti yang sering dibicarakan atau sebaliknya pada hasilnya. 

Jika ada yang kecewa dengan apa yang terjadi, satu perkara yang harus faham iaitu salah orang aku sendiri yang banyak tidak keluar mengundi. 

Akhirnya pihak lawan yang menang bila habis tempoh mengundi. Maka hadaplah untuk 5 tahun akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?