Bantuan ribut part 3

 Aku pernah menulis tentang sumbangan yang di terima oleh mangsa ribut di Ketereh. Ketika itu, sumbangan peribadi disampaikan oleh bekas ahli Parlimen.

Pada waktu yang sama, bekas ahli Parlimen memberi sedikit harapan buat mangsa ribut iaitu beliau akan berusaha untuk mendapatkan dana dari Perdana Menteri, buat para mangsa ribut yang mengalami nilai kerugian lebih dari seribu ringgit.

Maka harapan yang diberikan, dipegang oleh hampir kebanyakan mangsa yang aku kenal. Ada yang sentiasa menyebut tentang hal itu, setiap kali terserempak dengan aku. Sambil tersenyum kecil, aku hanya mengatakan in sha Allah nanti pihak urusetia hubungi.

Namun, apabila calon bagi Parlimen mewakili Parti yang berkaitan diumumkan. Aku merasakan harapan yang wujud, mungkin sudah boleh dilupakan sahaja. Anggap sahaja bahawa tiada rezeki untuk menerima sumbangan tambahan dari pemimpin politik tempatan.

Tambahan pula, bekas ahli Parlimen terdahulu tidak berjanji, cuma berkata akan usahakan dana untuk bantuan kewangan tambahan. Adakah bakal ahli parlimen, bakal meneruskan kecemerlangan bekas ahli parlimen terdahulu atau sebaliknya?.

Ibu aku sendiri sempat menaruh harapan bahawa kami mungkin mendapat bantuan kewangan tambahan seperti yang diwar-war oleh bekas ahli parlimen terbabit. Aku dah berpesan pada ibu, jangan menaruh harapan, bimbang nanti kecewa pula yang dirasai.

Dari dahulu sehingga sekarang, kami jarang bertuah menerima sumbangan atau bantuan dari mana-mana pihak terutama parti politik. Tambahan pula, dikalangan manusia ini. Lebih ramai berpura-pura berbanding mereka yang jujur walaupun untuk sumbangan kecil nilainya.

Bagi mereka yang benar-benar menjadi mangsa bencana, sumbangan itu mampu meringankan beban yang ditanggung tetapi bagaimana bagi mereka yang tidak terkena bencana tetapi mengaku menjadi mangsa disebabkan sumbangan yang dihajati. Manusia tetap manusia.




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?