Kelantan PKP Kembali?.

 Kelantan kembali dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 16 April sehingga 29 April 2021.  Tempoh selama 14 hari ditetapkan bagi memastikan penularan pandemik yang kembali aktif dapat dikurangkan kembali.

Semestinya semua orang tertanya-tanya. Apakah punca utama menyebabkan Kelantan di kenakan kembali PKP bagi tempoh 2 minggu?. Walaupun hanya 7 daerah dikenakan PKP, tidak mustahil daerah yang terbabit dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pada aku, ini adalah salah satu bukti bahawa manusia itu makhluk yang mudah lupa. Pihak kerajaan, tidak pernah jemu menasihati agar rakyat Malaysia mematuhi SOP dan aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan. Ia masih terjadi dan akhirnya kita semua harus menanggung kesannya.

Aku pernah menulis kisah tentang segelintir penduduk kawasan tempat aku tinggal yang sehari demi sehari semakin tidak mematuhi SOP iaitu tidak memakai facemask ketika berada di kawasan tumpuan orang-ramai.

Manakala bagi aktiviti rentas negeri pula, aku tengok ada sahaja penduduk yang berasal dari sini tetapi kerja di kawasan pantai barat yang pulang ke kampung walaupun hanya untuk 3 hari sahaja berdasarkan permohonan yang dikemukakan di Balai Polis. Walaupun singkat namun cukup berisiko mendatangkan atau memulakan penularan pandemik sehingga mampu mewujudkan kluster baru.

Pada aku, hanya 2 perkara yang dinyatakan mampu menyumbangkan peningkatan bilangan mereka yang positif terkena jangkitan. Aku tidak terkejut dengan peningkatan mendadak, cuma risau jika tidak mengetahui kawasan yan dijangkiti atau siapa yang dijangkiti dan akhirnya aku dan keluarga yang menjadi mangsa.

Persoalan bermain di fikiran, adakah mampu tempoh 2 minggu ini. Kelantan mampu merendahkan bilangan penduduk yang terkena jangkitan?. PKP menyaksikan bukan hanya rentas negeri tidak dibenarkan tetapi termasuk rentas daerah tidak dibenarkan sama.

Ikut logik akal manusia, penularan mampu dihentikan sekiranya rakyat mematuhi peraturan yang disarankan. Jika ada yang gagal mematuhi maka virus yang diperkatakan terus hidup di kalangan kita dalam tempoh yang lama.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?