Tanah Pusaka

 Sesungguhnya ramai mengetahui bahawa apabila matinya seseorang itu. Maka terputus hubungannya dengan segala urusan dunia, hanya keturunan atau waris yang masih hidup bakal menguruskan segala yang ditinggalkan oleh si mati termasuk hutang.

Segala harta milik si mati ketika masih hidup dan ditinggalkan kepada waris-warisnya akan di panggil harta pusaka. Perkara yang perlu diperhalusi oleh setiap umat Islam apabila menyentuh soal harta pusaka kerana ia mampu menyebabkan hubungan antara waris terjejas kerana berebutkan harta pusaka yang ditinggalkan.

Jika di mati seorang Jutawan atau orang berada, pasti tiada masalah untuk mengagihkan harta pusaka mengikut hukum faraiq. Bagaimana jika si mati itu si miskin yang tidak meninggalkan banyak harta?, hanya sebuah rumah pusaka yang uzur dan tunggu masa menyembah bumi.

Aku tidak tahu tentang orang lain. Berdasarkan pengalaman aku, harta pusaka yang mampu mengundang situasi putus saudara adalah tanah pusaka. Aku bukan jenis suka berebut soal harta pusaka kerana ibu dan arwah abah tidak meninggalkan banyak harta. Apa yang ada telah dibahagikan secara adil dan sama. Namun adakah orang lain mempunyai sikap sama?.

Tanah pusaka yang diwarisi hampir sama kisahnya terutama dikalangan keluarga tidak berharta iaitu satu geran ramai nama, manakala status tanah pertanian pula walaupun di dirikan rumah pusaka. Tanah pusaka adalah tanah percuma tinggalan orang tua, sepatut duduk sama-sama bukan bertelagah sesama sendiri pula.

Waris tanah pusaka jangan sesekali mengambil mudah isu ini kerana si mati yang meninggalkan harta pusaka bakal menanggung derita nanti. Andai benar terdiri rumah di atas tanah bukan hak milik kita, runtuhkan sahaja walaupun tanggung rugi kerana tidak berharta. Hukum Islam amat nyata bahawa soal tanah jangan dipandang sambil lewa kerana orang lain bakal menanggung derita.

Hari ini, orang tua tidak berkira namun adakah kekal sampai bila-bila?. Hari ini adik-beradik, esok tinggal sebagai hanya saudara kerana ikatan kekeluarga semakin terurai mengikut waktu.

Sesungguhnya fitrah manusia itu kekal sama. Walaupun bibir mengatakan mengejar akhirat namun perbuatan sebaliknya. Aku berbicara berdasarkan pengalaman peribadi, berkongsi untuk dijadikan iktibar yang manusia semuanya. Islam itu agama sempurna, termasuk soal harta pusaka. Hakikat manusia itu pelupa beragama sekadar nama namun hakikat sebaliknya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?