Pandemik belum berakhir

 Menurut laporan harian Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan dengan jumlah rakyat Malaysia yang dijangkiti COVID-19. Menampakkan pola penurunan setiap hari, in sha Allah mungkin penularan pandemik tersebut semakin hampir ke penghujungnya.

Walaubagaimanapun, bagi kawasan Parlimen Ketereh yang melibatkan kawasan Kok Lanas, Kadok dan Melor.Masih menunjukkan berlaku penularan walaupun bilangan mereka yang dijangkiti semakin menurun.

Pada aku, walaupun pihak kerajaan sedang berusaha menghentikan penularan melalui suntikan vaksin. Pandemik ini masih belum berakhir sepenuhnya kerana segalanya berpunca dari sikap kita sendiri. Langkah-langkah pencegahan telah dirangka, hanya perlu mematuhi sahaja namun masih wujud mereka yang ingkar untuk mematuhinya.

Dua kluster wujud dalam Parlimen yang sama iaitu Kluster Paloh Rambai dan Patek. Lokaliti kedua-dua kluster ini adalah sama. Sekiranya SOP benar-benar dipatuhi, aku amat percaya tidak akan wujud kluster paloh rambai yang didakwa berpunca dari majlis kenduri kahwin.

Aku kecewa kerana sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak menyebabkan sebuah sekolah terpaksa ditutup. Pada waktu yang sama, para pelajar di sekolah terbabit terpaksa menjalani proses saringan yang semestinya menyakitkan bagi seorang kanak-kanak bawah umur.

Anak sepupu aku sendiri yang belajar di sekolah terbabit terpaksa menjalani saringan yang menyakitkan itu. Bahkan cucu kepada kawan baik ibu yang tinggal di Perak, baru berusia sekitar 7 - 9 tahun terpaksa menjalani saringan yang menyakitkan menurut mereka.

Kelantan ketika ini, dikatakan merupakan salah sebuah negeri yang rendah jumlah pendaftaran mendapatkan suntikan vaksin. Pada waktu yang sama, dikalangan rakyatnya mula dimempraktikan pemakai topeng muka atau penjarakan sosial ketika berada di kawasan tumpuan orang-ramai.

Bagaimana agaknya kesudahan kisah pandemik ini?. Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan, siapa yang telah mendapatkan 2 dos suntikan vaksin akan dibenarkan rentas negeri terutama ketika kita bakal memasuki bulan Ramadhan dan Syawal nanti.

Menurut pakar, pandemik ini masih mengambil masa yang panjang untuk berakhir. Adakah ramalan itu benar atau kita mampu keluar dari kepompong pandemik ini lebih awal?. Tahun 2020 dan 2021 bakal menjadi tahun bersejarah yang bakal dijadikan sukatan mata pelajaran Sejarah di masa hadapan.

 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?