Kisah Pejabat Pos

 Setelah sekian lama, aku tidak buat permohonan kerja secara konvensional. Kali ini, disebabkan abang yang suruh aku memohon. 

Maka segala proses dari print dan pos dilakukan dalam masa 2 hari. Tarikh tutup permohonan pula pada minggu hadapan iaitu hari ke-3 puasa.

Nasib baik segala dokumen yang perlu disahkan hanya perlu jumpa suami sepupu ma sahaja yang tinggal berdekatan rumah. 

Aku pada awalnya memikirkan siapa yang boleh aku minta pengesahan. Perlukah aku menebalkan muka ke JBS Kelantan?, nasib baik untuk kali ini tidak perlu.

Betapa lama aku tidak sebarang urusan di pejabat pos, sampai aku tidak tahu bahawa kos untuk penghantaran domestik meningkat berbanding sebelumnya.

Pejabat pos Pekan Ketereh boleh dikatakan agak besar berbanding pejabat pos lain yang berdekatan seperti di Perol. Ada waktunya ia sangat sibuk sehingga pelanggan terpaksa menunggu di luar premis.

Kaunter yang beroperasi hanya dua sahaja, amat jarang untuk aku melihat ketiga-tiga kaunter pejabat pos terbabit beroperasi. Aku tidak pasti adakah mereka tidak cukup kakitangan atau memang prosedurnya begitu.

Bilangan pelanggan di pejabat pos hari ini, tidak begitu ramai. Hanya sekitar 10 orang sahaja. Kebanyakan mereka, memperbaharui cukai jalan dan mengeluarkan simpanan ASB.

Boleh dikatakan dalam 10 orang pelanggan yang masuk pejabat pos ketika itu, 7 merupakan pelanggan yang ingin mengeluarkan simpanan ASB. Dahulu pejabat pos menggunakan sistem beratur untuk berurusan di kaunter, kemudian baru berubah ke sistem nombor giliran.

Boleh gaduh bila ada yang potong giliran ketika sistem beratur di praktikan. Istimewanya pejabat pos di Malaysia ialah hampir semua urusan mampu diproses. 

Alhamdulillah, borang permohonan aku telah di pos, semoga selamat sampai ke destinasi sebelum tarikh tutup permohonan. 

Sekadar beriktiar, semoga ada rezeki buat aku pada kali ini. Maklumlah kos hidup sejak Pandemik melanda, amat terasa kenaikanya, orang lain aku tidak pasti. Walaupun hanya tinggal aku dan ibu sahaja sekarang kerana abang dah pindah ke Putrajaya.

Hujung bulan in sha Allah aku datang lagi sebab cukai jalan motorsikal bakal tamat tempoh. Semuanya itu memerlukan duit ketika pandemik.

Kena menabung duit elaun.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?