Fasa Terakhir Ramadhan

 Rasanya baru kelmarin aku dan ibu mula berpuasa. Masa yang berputar laju, sehingga tidak sedar bahawa kini Ramadhan memasuki hari yang ke-20, itu bermakna tinggal 10 hari lagi sebelum Ramadhan berlalu pergi dan Syawal berganti. Aku pasti orang-ramai kini sedang sibuk menyiapkan keperluan untuk menyambut ketibaan Syawal walaupun tidak dapat pulang ke kampung halaman disebabkan Pandemik.

Bercakap soal Ramadhan, dari usia kanak-kanak sehingga sekarang. Kebiasaan Ramadhan di bahagikan kepada 3 fasa iaitu fasa pertama, fasa kedua dan fasa terakhir. Setiap satu fasa mewakili 10 hari Ramadhan, setiap fasa mempunyai KPI yang berbeza dan bagaimana KPI Umat Islam ketika ini?. Mungkin ada yang cemerlang, mungkin ada yang sebaliknya.

Manakala pencapaian KPI aku secara peribadi, boleh di simpulkan sebagai GAGAL. Segala aku rancang sebelum ketibaan Ramadhan, gagal untuk dilaksanakan mengikut waktu yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, aku berharap masa yang berbaki, masih ada peluang untuk aku melaksanakan segala yang dirancang.

Mungkin tidak sehebat orang lain terutama dalam soal beribadah. Cukup aku tetap masih melakukan apa yang masih sempat dilakukan kerana aku atau kita semua tidak mempunyai kepastian bakal ketemu lagi dengan Ramadhan di masa hadapan.

Perkara paling biasa diamalkan ketika Ramadhan ialah membaca Al-Quran. Aku percaya bahawa telah ramai yang berjaya khatam Al-Quran ketika berada di fasa pertama dan kedua. Bagi yang belum mula membaca, jangan bimbang kerana segala masih belum terlambat selagi kita memulakan bacaan kita.

Selain dari itu, solat sunat terawih yang pasti menjadi kewajipan dilakukan pada bulan Ramadhan. Bersyukurlah bagi yang masih mampu melakukannya di Masjid atau Surau. Bagi yang tidak, jangan bersedih kerana masih mampu melakukan di rumah bersama ahli keluarga.

Siapa mampu menduga, kegembiraan ketika mendengar bahawa Masjid hanya melakukan solat sunat terawih sebanyak 8 rakaat sahaja dengan bacaan surah lazim. Segalanya hilang apabila pandemik kembali menular sehinggakan hampir semua Masjid dan surau ditutup oleh pihak berkuasa.

Aku pelik, rumah Allah ditutup atas alasan mengelak penularan atau fitnah agama jika berlaku penularan, sedangkan Bazar Raya dibuka sehingga lewat malam dengan pematuhan SOP memang tiada sama sekali dipatuhi oleh pengunjung seperti mana di paparkan di media sosial. Keadaan ini, seolah-olah kita hanya memikirkan beraya berbanding beramal. Pelik bukan?.

Mengapa kita menyambut Hari Raya Aidilfitri?, meraikan kejayaan kita berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan. Sepatutnya meraikan Ramadhan lebih dari meraikan Syawal tetapi hakikat yang kita saksikan adalah sebaliknya. 

Menuju 10 malam terakhir, maka jangan sia-siakan. Jangan biarkan Ramadhan berakhir tanpa kita merebut segala kelebihan yang ada di bulan tersebut. Kita belum tentu ketemu dengan Ramadhan untuk masa hadapan.

Dalam 10 malam terakhir, tersimpan satu malam yang nikmat beribadah ketika itu, adalah lebih baik dari seribu malam. Semua menyetahui tetapi bukan semua mengejarnya hakikat manusia itu mudah tergoda dan di goda dengan nikmat dunia. Pada aku, fasa terakhir Ramadhan merupakan fasa istimewa, oleh itu jangan mensia-siakan sehingga timbul rasa menyesal buat selamanya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?