Ramadhan Hari Ke-2

 Alhamdulillah, memasuki hari ke-2 berpuasa di bulan Ramadhan. Kali ini, hanya aku dan ibu sahaja berbuka bersama setelah abang kembali tinggal di Kuala Lumpur setelah dinaikkan pangkat akhir tahun lepas.

Ramadhan kali keadaan hampir sama iaitu tiada Bazar Ramadhan di saat akhir sebelum Ramadhan bermula disebabkan penularan pandemik kembali tinggi di Kelantan. Sejujurnya ia mengecewakan ramai pihak, namun demi kepentingan bersama maka keputusan kerajaan negeri harus diterima dengan seikhlasnya.

Berbuka di hari pertama Ramadhan, hanya 2 jenis lauk sahaja dihidangkan. Walaupun ringkas tapi cukup untuk aku dan ibu kerana sememangnya hanya abang paling berselera apabila berbuka puasa. Kos berbuka untuk hari pertama hanya RM30 sahaja.

Kebiasaan jika Ramadhan yang lalu, RM50 belum tentu cukup hanya untuk membeli juadah berbuka, bukan untuk bersahur kerana kebiasaan, abang aku akan makan sekali lagi setelah solat sunat terawih.

Di Kelantan, perkara yang biasa dilakukan pada waktu malam ialah makan colek, hidangan makanan yang menarik dah menjadi menu wajib buat rakyat Kelantan makan selepas solat sunat terawih. Colek mempunyai pelbagai versi bergantung kepada selera. Ada suka makan colek buah, colek keropok atau colek ayam atau ikan.

Malam ke-2 terawih, colek yang menjadi pilihan ialah colek keropok kerana pilihan lain. Tidak sesuai untuk aku makan ketika ini. Walaupun hati ingin namun beringat sebelum berlaku perkara yang tidak diingini.

Semoga Ramadhan kali ini, mampu diraikan sebaik mungkin oleh kita semua kerana Ramadhan akan datang, belum tentu kita berpeluang bersamanya sebagaimana mak cik aku yang menyambut Ramadhan dengan perasaan hiba kerana tiada lagi suami di sisi.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?