Kisah Cinta Aku

Dalam kehidupan yang singkat ini, kita pasti pernah mengalami pelbagai kisah atau pengalaman yang mungkin berguna atau sekadar mengisi masa yang berputar. 

Kisah Cinta Monyet merupakan kisah berkaitan dengan kanak-kanak atau remaja yang mula belajar suka pada seseorang. Aku tidak pasti mengapa perkataan cinta monyet digunakan bagi memberi gambaran terhadap apa yang dirasai oleh anak-anak kecil ini.

Kisah cinta monyet aku pula jalan ceritanya mungkin berbeza dari kisah orang lain, aku suka seseorang itu tetapi orang yang aku suka tidak menyukai aku. 

Dari kecil sehingga sekarang, kisah yang sama aku bawa mungkin kerana aku memiliki fizikal yang gempal. Di antara mereka yang pernah aku suka ketika kanak-kanak ialah pasangan kembar seiras, ketika itu aku berada di darjah 6. 

Ketika itu, aku tidak tahu sangat apa yang aku rasa, hanya suka melihat wajah pelajar terbabit seperti orang cina. Ketika itu, sistem pendidikan negara telah mengasingkan pelajar berdasarkan tahap pemikiran. 

Ada kelas untuk pelajar paling pandai, pandai, sederhana pandai dan kurang pandai. Pelajar perempuan tersebut semestinya berada di kelas paling pandai manakala aku pula di kelas sederhana pandai.

Kisah cinta monyet aku hanya mengisahkan aku suka pada seseorang tetapi ia hanya perasaan aku sendiri. Kisah aku diteruskan, selepas aku minat pada rakan sebaya  yang kembar seiras, aku berkenan pula pada rakan sebaya di kelas pandai, mungkin fitrah seorang lelaki walaupun masih di usia kanak-kanak, suka pada kecantikan seorang wanita. 

Paling aku hairan, mengapa pelajar-pelajar perempuan yang cantik mesti berada di kelas paling pandai dan pandai. Manakala lelaki yang berjaya menarik pelajar perempuan ini pula berada di kelas kurang pandai atau sederhana pandai. Mungkin ini jawapan kepada wujud istilah perempuan cantik suka pada bad boy.

Kisah cinta monyet aku ketika Sekolah Rendah ditutup tanpa sebarang kisah yang menarik, rasanya tiada langsung kisahnya. Bersambung kisah cinta ke peringkat Sekolah Menengah dan aku rasa ia masih di anggap kisah cinta monyet versi aku.

Bermula dari form 1 sehingga 5, kesudahan kisah cinta aku kekal sama menjadi kisah cinta monyet sedangkan ada pelajar membawa kisah cinta mereka di sekolah menengah ke jinjang pelamin. Kegagalan aku berterusan sehingga ke tingkatan 6.

Walau kisah cinta monyet aku kekal menjadi kisah khalayan, alhamdulillah aku berjaya menjejak kaki ke Universiti sebagai Mahasiswa. Adakah kisah kisah monyet aku terbawa-bawa sehingga ke Universiti?, bukan sebarangan Universiti, semestinya Universiti Malaya. 

Namun bukan semua kisah cinta itu dinamakan cinta monyet, ramai dikalangan kenalan satu batch berjaya membawa kisah mereka sehingga ke jinjang pelamin, kini setiap tahun bertambah zuriatnya. Ini yang dinamakan jodoh, paling penting kita selaku penghuni dunia ini merasai atau menempuhinya dengan cara yang tuhan telah aturkan segalanya.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?