PPSMI 2.0

Bagaikan sudah boleh diduga apabila Perdana Menteri Malaysia sendiri menjadi pemangku jawatan Menteri Pendidikan menggantikan Dr Maszlee Malik yang menyerahkan jawatan tersebut kepada Perdana Menteri.

Laporan berita semasa menyatakan bahawa Menteri Pendidikan yang baru akan mengembalikan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa English. (PPSMI). Merujuk laporan akhbar awani atau Sharian.

Ia sesuatu yang dijangka bagi sesetengah pihak jika kita melihat sejarah pelaksanaan PPSMI. 

Boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Malaysia mengetahui bahawa PPSMI yang diperkenalkan sebelum ini telah dimansuhkan kerana mendapat kritikan dari pelbagai pihak ketika itu.

Pelik bukan apabila dasar PPSMI cuba diperkenalkan kembali dengan alasan bahawa ilmu sains & matematik bukan berasal dari negara ini.

Oleh itu, pelajar harus mempelajari ilmu sains & matematik melalui bahasa asal ilmu tersebut iaitu english agar mudah untuk menguasai.

Secara logik, aku cuba memikirkan dimanakah relevan alasan yang diberikan?, hakikat sebenar kita sendiri tahu dan faham bahawa bagi menguasai sesuatu bidang itu tidak memerlukan syarat harus menguasai bahasa tertentu.

Adakah Jepun & Korea turut mengamalkan dasar pendidikan PPSMI?. 

Seharusnya, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengemukakan idea lebih segar dalam memajukan sistem pendidikan negara.

PPSMI bagi aku merupakan satu dasar lama, terlalu lama ditinggalkan, tidak seharusnya dijadikan panduan dalam memajukan dasar pendidikan negara pada masa kini. 

Walaupun Ahli Parlimen Muar menegaskan bahawa beliau merupakan salah satu contoh kejayaan dasar PPSMI, persoalan mula timbul adakah cukup hanya beliau menjadi bukti kejayaan?.

Adakah tokoh-tokoh ilmuan dunia dalam bidang Matematik & Sains hanya mengetahui satu bahasa iaitu bahasa English?. 

Aku rasa sudah sampai masa untuk kita berhenti mengikut arah membina bangsa berilmu yang lama. Dari satu sudut, aku setuju untuk pihak Kementerian menekankan penguasaan Bahasa English dikalangan pelajar tetapi adakah ia harus melalui medium PPSMI?.

Rujukan atau Panduan merupakan dua perkara berbeza, kita boleh jadikan ilmu Sains & Matematik barat sebagai rujukan tetapi bukan panduan untuk hala tuju masa depan pendidikan negara. 

Apakah pencapaian PPSMI sebelum ia dimansuhkan mencapai KPI yang ditetapkan oleh pihak Kementerian?. 

Selang beberapa waktu, polemik baru mula timbul, kewajaran pelaksanaan PPSMI 2.0 mula diperkatakan. 

Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan bukan dari pihak pembangkang tetapi dari komponen pakatan sendiri. Mengapa polemik ini harus timbul?.

UPSR, PT3, SPM & STPM adalah peperiksaan yang tersedia sekian lama dalam sistem pendidikan negara. Pelbagai transformasi dilakukan sebagai contoh dari Sijil Rendah Pelajaran, tranformasi ke Penilaian Menengah Rendah seterusnya Penilaian Tingkatan 3. 

Tempoh pendidikan pula sekitar 11 -12 tahun bagi setiap anak-anak kita bermula dari darjah 1. Seharusnya kita benar-benar menyediakan dasar membina bukan mencuba dan ubah seperti biasa terjadi.

Bagi aku, sekiranya pihak kerajaan tetap melaksanakan PPSMI 2.0, seeloknya kerajaan juga melaksanakan dasar pendidikan Islam yang sebenarnya, iaitu bukan sekadar mempelajari tetapi memahami erti Islam yang sebenarnya. 

Jika kita buat tinjauan terhadap para pelajar beragama Islam, adakah kita mampu mencapai 100 peratus pelajar tidak tinggal puasa atau solat?.

Aku adalah hasil sistem pendidikan yang sedia ada, aku merasai bukan hanya mengetahui, tiada guna kita hebat ilmu dunia tetapi bodoh ilmu akhirat.

Mengapa kes anak-anak remaja perempuan yang melahirkan anak luar nikah meningkat?.

Bagi aku, dalam memperkenalkan PPSMI 2.0 maka perkasakan juga ilmu Agama khusus bagi pelajar-pelajar beragama Islam, jika ini mampu terlaksana in sha Allah dunia kita dapat, akhirat pun kita dapat.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?