Pemandu Mabuk

Accidental deaths disebabkan Pemandu Mabuk are becoming more common in Malaysia. Ketika ini boleh dikatakan setiap hari, ada sahaja laporan berita berkenaan kemalangan menyebabkan kematian disebabkan pemandu mabuk.

Keadaan ini, sedikit sebanyak membuatkan aku secara peribadi takut untuk memandu kenderaan di atas jalan raya. 

Walaupun kita sentiasa berwaspada, peratusan untuk terlibat dengan kemalangan  yang berpunca pemandu yang mabuk adalah tinggi.

Adakah negara lain yang bukan berstatus negara Islam seperti Malaysia mengalami situasi yang sama iaitu kemalangan maut kerap terjadi disebabkan kecuaian pemandu mabuk?.

Pihak Kerajaan harus mengambil tindakan tegas dengan segera bagi memastikan tiada lagi kes kemalangan yang membawa maut, berpunca dari pesalah yang dalam keadaan mabuk.

Kita sendiri membaca atau melihat kesan yang ditinggalkan oleh pemandu mabuk, ada nyawa yang melayang, ada anak-anak kehilangan ibubapa, ada suami kehilangan isteri, ada isteri kehilangan suami.

Jalan raya tidak seharusnya dijadikan pusara kematian. Ia yang boleh dielakan jika tindakan tegas ke atas pemandu  mabuk dilaksanakan segera.

Hati ini sayu & sedih mengenangkan nasib ahli keluarga mangsa kemalangan maut. Kematian disebabkan kecuaian orang lain.

Kalau aku di letak dalam situasi ahli keluarga mangsa, tiada kata-kata mampu aku ungkapkan atau gambarkan. 

Jika ada pihak mengatakan apa yang terjadi itu takdir, aku harapkan mereka merasai apa yang ahli keluarga mangsa rasai.

Aku faham dan mengerti bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan konsep kebebasan termasuk bebas untuk meminum minuman beralkohol. 

Namun jangan kerana konsep kebebasan yang diperkatakan menyebabkan ada nyawa yang melayang.

Adakah kejadian kemalangan yang meragut nyawa ini akan berterusan disebabkan oleh pemandu mabuk?. Adakah cukup sekadar ucapan maaf dari pelaku?. Adakah cukup sekadar denda yang pasti mampu di bayar?.

Rakyat Malaysia secara umumnya jangan memandang isu ini sebelah mata kerana setiap dari kita sangat berpotensi menjadi mangsa kemalangan maut disebabkan pemandu mabuk.

Ingin mabuk, itu hak individu tetapi jangan sampai menyusahkan orang lain yang sepatutnya berada dalam keadaan selamat apabila memandu kenderaan di atas jalan raya.

Punca utama harus dilihat secara mendalam apabila menyentuh isu ini kerana ia memberi impak yang sangat dasyat. Aku faham, bahawa meminum arak menjadi budaya bagi sesetengah kaum. 

Bagi negara yang rakyatnya membudayakan minum arak terutama apabila pulang waktu bekerja, mereka tidak memandu apa jua kenderaan apabila dalam keadaan mabuk. Sebaliknya menelefon kenderaan e-hailing atau teksi untuk menghantar mereka pulang.

Satu tindakan drastik harus diambil oleh pihak berkuasa bagi memastikan isu pemandu mabuk ini dapat diselesaikan secara TOTAL. 

Bukan seperti air laut yang ada waktu pasang-surutnya kerana PASTI kita tidak ingin terus wujud kepincangan sesebuah keluarga akibat atau angkara pemandu mabuk.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?