Cousin Bertunang


Alhamdulillah, Majlis Pertunangan anak perempuan pak cik aku berjalan lancar. Cuma sedih kerana pak cik sudah tiada lagi untuk menyaksikan Majlis tersebut, anak perempuan tunggal yang disayanginya. In sha Allah, difahamkan Majlis Pernikahan bakal dilangsungkan pada bulan 8 nanti. Semoga dipermudahkan segala urusan dan Majlis kedua belah pihak akan diadakan di Kuala Lumpur.

In sha Allah rombongan wakil keluarga di Ketereh akan berangkat ke Kuala Lumpur apabila semakin hampir waktu pernikahan nanti. Kebetulan, aku ada seorang mak cik yang sangat suka berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Sesungguhnya masih begitu pantas berputar, kini boleh dikatakan hampir semua sepupu telah mendirikan rumah tangga, tinggal beberapa orang sahaja termasuk aku. Sesungguh jodoh itu, hanya Allah SWT Maha mengetahui segalanya.

Kebiasaan, apabila ada rombongan dari Kelantan ke Kuala Lumpur, pasti menghadiri Perkahwinan ahli keluarga yang tinggal di sana. Rombongan kami akan tiba lebih awal dan pulang lebih lewat setelah Majlis selesai. Paling penting, budaya kenduri kahwin di Kuala Lumpur sangat berbeza dengan budaya kenduri kahwin di Kelantan. Hampir 100% kenduri kahwin di Kuala Lumpur diuruskan oleh katering dalam urusan hidangan makanan tetamu. Manakala bekwoh di Kelantan, hampir 100% diuruskan bersama tetangga atau orang kampung.

Apabila waktu telah sampai, katering akan terus tutup hidangan makanan dan makanan yang berbaki. Hanya Allah SWT Maha mengetahui manakala di Kelantan, segala lauk yang masih berbaki akan dibungkus dan dibahagikan kepada orang kampung. Aku dengar perancangan kahwin bakal Raja Sehari, sangat meriah, diadakan di dewan perkahwinan yang masyur. Sesuatu yang tidak janggal bagi mereka yang tinggal di Kuala Lumpur atau bandar-bandar besar yang lain. 

Oleh itu, aku tidak pelik jika dikatakan kos perkahwinan mencecah puluhan ribu ringgit kerana kos katering dan dewan jamuan mempunyai harga yang berbeza. Berbeza di Kelantan, jamuan hanya dibuat di depan rumah, hanya perlu sediakan kos sewa khemah jamuan sahaja yang jauh lebih murah berbanding kos sewa dewan.

Begitulah budaya perkahwinan dalam masyarakat Melayu mengikut pandangan aku. Bahkan ada yang sanggup berhabiskan wang ribuan ringgit hanya untuk Majlis Pertunangan semata-mata. Segalanya berbalik kepada kemampuan seseorang itu. Bertunang itu sendiri merupakan proses mengenal diri sendiri dan pasangan. Sepanjang tempoh ikatan, cabarannya sangat kuat dan ramai yang gagal mempertahankannya. Oleh itu, tempoh bertunang tidak molek dipanjangkan, pada aku cukup hanya untuk tempoh 6 bulan sahaja sebelum Ijab & Kabul.




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?