Kisah Politik

 Adakah benar bakal terjadi perubahan drastik landskap politik tanahair atau sekadar desas-desus?.
Mengikut laporan demi laporan yang disiarkan & sentiasa dikemaskini melalui media sosial atau arus perdana. 

Perdana Menteri telah mendapat perkenan untuk mengadap YDPA kelmarin manakala hari Presiden PKR pula dilaporkan baru mendapat perkenan mengadap pada waktu petang.

Adakah Pakatan HARAPAN kekal mentadbir dengan Perdana Menteri baru atau sebaliknya?. Bagi aku, bukan hanya rakyat menanti perkembangan selanjutnya tetapi juga dunia.

Tahun ke-2, pemerintahan PH di Malaysia, kita dapat saksikan banyak perkara terjadi dan sejujurnya ia bukan sesuatu yang mengembirakan bagi rakyat yang neural dalam dunia politik tanahair.

Aku tertarik dengan kicauan oleh mantan pegawai khas Menteri pada penggal yang lalu, "walau sesiapa pun yang bakal menjadi pemerintah, kita rakyat tetap harus mencari rezeki".

Ada benarnya kenyataan tersebut, PTPTN masih harus dibayar, segala jenis hutang yang dibuat tetap harus dibayar, secara automatik wang harus dicari demi meneruskan kehidupan harian.

Bagi pandangan peribadi aku, jika Allah SWT memberi keizinan terbentuk PAKATAN baru dalam mentadbir negara. Aku berharap semoga lebih baik dari sebelumnya. 

Mengapa?, aku melihat secara peribadi kepentingan Ummah semakin tidak terjaga.

Aku berharap agar polemik politik yang hangat diperkatakan dapat diselesaikan secepat mungkin, sesungguhnya rakyat memerlukan perhatian pemimpin.

Aku faham bahawa kita hanya tahu wujudnya Syurga, wujudnya Neraka tetapi kita tidak berusaha mendapatkan Syurga sebaliknya lebih fokus mengejar dunia yang ditakuti membawa kita ke Neraka.

Semoga Allah SWT memilih pemimpin yang ikhlas kerana Allah SWT sebagai penghuni bangunan-bangunan pejabat di Putrajaya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?