BULAN REJAB 1441 MASIHI TAHUN 2020

BULAN REJAB, SYAABAN & RAMADHAN 1441 MASIHI TAHUN 2020

Bulan Rejab kini tiba, itu bermakna tidak lama lagi, in sha Allah bulan Ramadhan pula, jika berpeluang, boleh menyambut puasa bersama keluarga tercinta sekali lagi.

Walaupun polemik politik tanahair masih bermain teka-teki, kita selaku rakyat bawahan, harus sentiasa berdoa semoga Allah SWT mengangkat seorang yang benar-benar layak dan menjaga & mendahulukan Agama Islam sepanjang masa.

Di Masjid, aku rasa para AJK tengah sibuk merancang program-program sepanjang bulan Ramadhan nanti. Paling penting, melantik Imam yang khusus untuk solat sunat Terawih nanti.

Alhamdulillah, jika Allah SWT izinkan, tahun ini tahun ke-5, kami menyambut Ramadhan bersama setelah permohonan abang untuk pulang bertugas di Kelantan, diluluskan manakala aku pula terpaksa diberhentikan kerana Kementerian kekurangan peruntukan untuk membayar gaji PSH.

Seingat aku, sepanjang aku menyambut Ramadhan di Putrajaya, tidak sekali pun aku menunaikan puasa sunat di bulan Rejab atau Syaaban. Berbeza ketika aku menuntut di Universiti dahulu.

Aku masih ingat ketika masuk bulan Rejab atau Syaaban, kawan-kawan dari Akademik Pengajian Islam yang satu kolej kediaman akan mensarankan pada kami melakukan puasa sunat Rejab & Syaaban.

Selain banyak kelebihan melakukan puasa sunat, ianya satu ibadah yang dapat membiasakan perut dengan keadaan kosong, maklumlah sepanjang 11 bulan, perut sentiasa bekerja untuk menghadam makanan yang dimakan oleh kita.

Paling best ialah apabila sama-sama melakukan ibadah puasa sunat di bulan Rejab & Syaaban, kami sama-sama beriftar dan sebelum berbuka, ustaz Abdullah akan memberi tazkirah pendek berkaitan sirah atau apa sahaja ilmu Islam.

Aku sentiasa bersyukur kerana terpilih untuk lahir di Malaysia berbanding saudara seagama yang ketika ini, mungkin masih berjuang untuk kelangsungan hidup dari musuh-musuh Islam.

Difahamkan, ketika kita berpeluang melakukan ibadah puasa sunat bulan Rejab, saudara seagama kita di India sedang diuji dengan ujian yang agak dasyat.

Aku sedar bahawa ramai dikalangan kita telah pergi menemui Allah SWT. Tidak berkesempatan untuk merasai keindahan melakukan ibadah berpuasa di bulan Rejab, Syaaban & Ramadhan.

Seandainya kita berkesempatan, seharusnya kita melakukan ibadah dengan sebaik mungkin kerana belum tentu kita mempunyai peluang yang sama ditahun hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?