CHAPTER FEBRUARY, APA YANG MENANTI?

Aku rasa bulan Februari ini pasti terisi dengan pelbagai kisah kehidupan manusia sebagaimana yang tertulis dalam bulan Januari. Di antara yang hangat diperkatakan terutama melalui sosial media ialah berkenaan transgender yang terkenal bersama family & kawan-kawan melakukan Ibadah Umrah.

Paling mendukacitakan ialah transgender tersebut tanpa ragu-ragu mengenakan Ihram perempuan sepanjang melakukan ibadah Umrah beserta rakan-rakan transgender yang turut serta.

Walau apapun alasan yang dikemukakan oleh transgender tersebut, sesungguhnya tindakan yang dilakukan bagi aku secara peribadi sangat melampau, bahkan memudaratkan ibadah orang lain terutama bagi yang tidak mengetahui statusnya.

Seluruh Malaysia mengetahui asal kejadian transgender tersebut, bahkan pernah keluar laporan berita berkenaan beliau, mengapa masih dilihat cuba menyembunyikan kebenaran?. Adakah kerana memiliki kekayaan sehingga merasakan diri hebat?.

Benar, ketika ini, transgender tersebut tidak ditimpa sebarang musibah, namun percayalah MURKA Allah SWT jangan diundang, kelak tidak tertanggung jiwa dan badan.

Paling ditakuti ialah golongan yang sealiran dengan transgender ini akan mula berani bersuara menuntut hak mereka sebagaimana para pendokong di negara lain sekiranya pihak kerajaan membisu di atas tindakan yang dilakukan.

Manakala isu Koronanvirus masih menjadi isu sejagat yang mengisi diari bulan Februari, dilaporkan kematian demi kematian pesakit Koronanvirus di direkodkan di pelbagai buah negara walaupun ada laporan mengesahkan ada pesakit yang berjaya dirawat.

Negara Malaysia pula telah membawa pulang kembali rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di Wuhan dan daerah yang terbabit ke tanahair dengan penerbangan airasia. Kini, mereka sedang di kuaritin oleh pihak berkuasa.

Bagaimana isu politik tempatan?, pada pendapat aku, keadaan masih tidak stabil, bahkan ada sahaja isu baru yang cuba ditimbulkan, situasi salah menyalahkan terjadi sehingga ada ketika aku merasakan matlamat untuk membantu rakyat terutama kelompok B40 seperti sedikit terjejas.

Mungkin benar, rakyat salah membuat perhitungan kerana janji demi janji yang ditaburkan aku belum lihat ia dikotakan sepenuhnya oleh pihak yang sepatutnya, hanya lebih banyak berbicara dari tindakan yang sepatutnya.

Masih ada 25 halaman kosong bagi bulan February tahun 2020, adakah apa yang dirancang menjadi kenyataan atau pelbagai lagi kejutan menanti buat penduduk dunia amnya, rakyat Malaysia amnya.

Ketika pakar ekonomi dunia memberi tafsiran bahawa ekonomi dunia bakal terjejas dengan situasi semasa, pakar kita pula melaporkan segalanya baik-baik sahaja, tetapi aku pelik mengapa semakin ramai yang hilang pendapatan atau terpaksa diberhentikan kerja?.

Paling penting, hidup ini memberi kita pilihan, tinggal bagaimana kita memilihnya, apakah hasil atau kesan bagi pilihan yang dibuat?. Berjaya didunia adakah pasti kita berjaya di akhirat?, hakikat ramai penghuni Syurga terdiri dari orang susah berbanding orang kaya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?