Balik Kampung

Setelah sekian lama segala aktiviti disekat oleh pihak kerajaan disebabkan pandemik. Kini, segala sekatan telah ditarik balik dan rakyat mula dibenarkan melakukan satu demi satu aktiviti yang sekian lama terhenti. Di antara aktiviti yang di sekat ialah aktiviti rentas negeri iaitu pergerakan dari satu tempat ke tempat lain dalam radius yang besar.

Aktiviti rentas negeri paling popular semesti BALIK KAMPUNG, setelah beberapa bulan tidak dibenarkan balik kampung untuk bertemu mata dengan ibubapa atau saudara-mara, kini semuanya mula merancang berapa lama untuk mereka pulang ke kampung. Aku amat pasti akan berlaku kesesakan lalu-lintas yang teruk terutama laluan ke pantai timur.

Aku mengerti perasaan mereka yang sekian lama bersabar walaupun perasaan rindu semakin menebal di dalam hati. Cuma jangan lupa bahawa kita masih belum menang sepenuhnya, masih wujud penularan atau jangkitan dalam komuniti, bahkan masih wujud kluster demi kluster baru. 

Bersandarkan kepada peratusan rakyat Malaysia yang menerima suntikan vaksin. apabila mencapai 90% dari populasi, Maka kebenaran rentas negeri dibenarkan. Pergerakan rentas ini termasuk pergerakan pelancongan, ia memberi harapan pemulihan ekonomi bagi mereka yang 100% memperolehi pendapatan melalui sektor pelancongan. Selagi kita mematuhi SOP yang di sarankan sekian lama, risiko berlaku jangkitan amat rendah.

Walaupun ramai telah divaksin, itu bukan bererti kita benar-benar selamat dari virus pandemik. Masih berisiko cuma, berdasarkan pengalaman bekas pesakit, kesan yang dialami lebih ringan bagi mereka yang disuntik vaksin berbanding mereka yang tidak. Kebanyakan kes yang melibatkan pesakit pandemik yang disuntik, hanya berada di tahap ke-3 berbanding mereka yang tidak disuntik berada di tahap 5 jangkitan.

Cuma di Kelantan, kadar vaksinasi masih belum mencapai 80% dari populasi penduduknya, ia sangat mendukacitakan dan berisiko. Disebabkan itu, sehingga kelmarin, kelantan masih mencatatkan jumlah kes jangkitan pada nilai 4 angka walaupun jumlah jangkitan negara semakin menurun.

Aku berharap rakyat Malaysia, mampu displinkan diri dalam mematuhi peraturan dan SOP yang disarankan, sebagaimana yang disarankan oleh pihak kerajaan bagi mereka yang ingin merentas diri. Harus melakukan saringan kendiri terlebih dahulu sebelum merentas negeri, kemudian telah menerima 2 suntikan vaksin. Kita jangan lupa masih wujud dikalangan kita yang bersikap menolak vaksin. Risiko jangkitan masih tinggi melalui mereka terutama melibatkan kanak-kanak.

Difahamkan ketika ini, telah berlaku peningkatan jumlah kenderaan yang menuju ke beberapa arah dari pusat bandar. Rindu yang menebal, tidak mampu ditahan lagi. Suara ibubapa di telefon  pasti membuat anak-anak bergegas pulang selepas kebenaran di umumkan.

Selamat berangkat pulang bagi mereka yang berada di perantauan dan selamat melancong bagi mereka  telah lama terkurung. Namun jangan lupa bahawa virus pandemik tidak pernah lupa kita buat selamanya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?