Solat Jumaat Fasa 2

 Negeri Kelantan masih berada di fasa 2 dalam Pelan Pemulihan Negara, berbanding negeri-negeri lain. Sebelum ini Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) memberi kebenaran untuk 40 orang sahaja termasuk AJK Masjid bersolat termasuk solat Jumaat. Kini MAIK telah memberi kebenaran untuk semua surau dan Masjid dalam negeri Kelantan menambah bilangan jemaah mengikut kapasiti Masjid dengan jarak 1.5 meter di antara jemaah.

Setelah beberapa minggu tidak bersolat Jumaat, hari ini aku rasa bersemangat untuk datang ke Masjid. Aku ke Masjid pukul 11.30 pagi, waktu Zohor pada pukul 12.59 tengahari. Pada awalnya, penyakit axiety aku menyerang, pelbagai rasa takut datang di minda terutama takut masjid belum dibuka dan pelbagai lagi sangkaan.

Aku berwudhuk dari rumah lagi, bila ternampak sahaja pintu Masjid, hanya Allah SWT Maha mengetahui perasaan aku ketika itu, air mata tiba-tiba mengalir, aku terus rasa sebak dan sayu melihat rumah Allah SWT di depan mata. Kebiasaannya, setiap kali aku melalui Masjid, pintu pagarnya pasti tertutup rapat.

Melangkahkan kaki ke dalam Masjid, rasa tenang, aku scan QR mysejahtera sebagai pengesahan aku hadir masjid, seterusnya menulis nama di buku di sediakan. Nama aku yang pertama hari ini, aku tergelak kecil bila melihat halaman buku kedatangan yang masih kosong dan aku yang pertama menulisnya.

Disebabkan belum ada jemaah lain yang hadir ke masjid, aku mengambil keputusan untuk duduk beriktikaf di hadapan pintu masuk ke-2 Masjid. Masa terus berjalan, dari hanya aku di dalam masjid, seorang demi seorang Jemaah hadir. Ruang yang kosong, kini dipenuhi oleh jemaah.

Alhamdulillah, nikmat hari ini ialah dapat solat berjemaah, walaupun risiko penularan masih wujud disebabkan kadar vaksinasi di Kelantan masih rendah, pada waktu yang sama kehadiran ramai anak-anak kelantan yang pulang ke kampung. Kita telah berusaha sebaiknya untuk mengelak dijangkiti maka selebihnya kita berserah kepada Allah SWT.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?