Rindu Ketika Pandemik

 Demi memutuskan penularan virus di kalangan rakyat Malaysia, salah satu tindakan yang di ambil oleh pihak kerajaan ialah melarang sebarang aktiviti rentas negeri. Jika ada keperluan untuk merentas, kebenaran pihak polis di perlukan cara bertulis.

Kini, setelah kadar vaksinasi penduduk dewasa Malaysia mencapai 90%, akhirnya pihak kerajaan menarik balik larangan merentas negeri bagi seluruh rakyat Malaysia. Semestinya ia sesuatu yang menggembirakan, pengumuman kebenaran di umumkan pada waktu petang, malamnya ramai yang telah bersiap untuk merentas negeri.

Aku kini tinggal bersama ibu, semestinya aku tidak berasa apa-apa apabila mengetahui bahawa rakyat Malaysia telah dibenarkan merentas negeri, cuma tiada lagi situasi Balai Polis dipenuhi oleh mereka yang ingin memohon kebenaran merentas negeri. Tiada lagi situasi di mana jalan raya sepi dari kenderaan yang lalu-lalang setiap masa terutama waktu pagi.

Aku mengerti bahawa ketika ini, ramai hati telah terubat rindunya apabila sekian lama tidak ketemu dengan orang tersayang, rindu seorang ibu kepada anaknya, rindu seorang nenek dan cucunya, rindu seorang abang kepada adiknya. Perasaan rindu kian menebal apabila kita tidak mampu meraikan perkara penting bersama insan yang kita sayangi seperti kebiasaannya, menyambut Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha tanpa ibubapa, anak atau suami yang tersayang pasti membuatkan rasa rindu semakin kuat.

Namun, ketika hati ingin mengubat rasa kerinduan, jangan lupa untuk mengikut saranan pihak kerajaan sebelum ketemu mereka yang tersayang. Lakukan saringan sebelum bertemu, bagi memastikan kepulangan kita tidak diiringan oleh virus pandemik, walaupun kita di vaksin, bukan bermakna kita bebas dari jangkitan.

Pada aku, SOP yang dirangka oleh pihak kerajaan merupakan langkah pencegahan yang terbaik setakat ini, jika kita benar-benar mengikutinya in sha Allah kita menghindari sebarang situasi yang tidak diingini. 

Alhamdulillah, rindu kini terubat, semestinya kita harus menghargai apa yang hari ini kita miliki kerana esok atau lusa atau hari seterusnya, kita belum tentu memiliki peluang yang sama. Kita semua tahu, bahawa dikalangan kita, ramai yang kehilangan orang tersayang kerana pandemik yang melanda, benar apa yang berlaku itu takdir, sebab itu aku menekankan hargai waktu yang ada, terutama rasa rindu pada orang yang tersayang kerana ia adalah rahmat Ilahi masih bisa bertemu mata.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?