Emas

 Ketika ini, harga emas di pasaran dikatakan berada di takat yang rendah berbanding sebelumnya, ia menyebabkan ramai kaum wanita berpusu-pusu ke kedai emas berdekatan untuk membeli barang hiasan tersebut yang cukup sinonim dengan kaum wanita tanpa mengira peringkat umur.

Di Kelantan, terdapat pelbagai pilihan yang ditawarkan untuk para pelanggan. Aku harus akui bahawa di antara tarikan negeri Kelantan adalah wujudnya puluhan kedai emas yang menawarkan pelbagai bentuk hiasan emas dengan harga yang agak murah berbanding di kawasan pantai barat berdasarkan pemerhatian aku selama ini.

Apabila menyentuh perihal barang perhiasan emas, hati ini rasa sangat sedih kerana tidak mampu untuk menghadiahkan barang perhiasan buat ibu seperti orang lain. Tidak seperti orang lain, setiap kali pulang ke kampung pasti menghadiahkan ibu mereka dengan perhiasan emas walaupun sebentuk cincin.

Ketika umur memasuki 4 dekad, aku masih seorang penganggur yang masih tercari-cari hala tuju kehidupan ini, perasaan di hati ingin sekali memulakan kembara ke tanah asing, namun bila mengenangkan ibu yang semakin uzur, aku korbankan hasrat tersebut.

Apabila ibu menyuarakan keinginannya terhadap sesuatu benda, hanya Allah SWT maha mengetahui apa yang aku rasa, seorang anak sepatutnya menunaikan apa sahaja impian ibubapa mereka bukan?. Tapi aku benar-benar tidak mampu menunaikannya, sekadar mampu menunaikan keinginan untuk memakan sesuatu, maklumlah semakin tua seseorang itu, semakin cerewet dalam soal makan.

Adakah aku mempunyai waktu di masa depan?, untuk menunaikan hajat aku bagi menghadiahkan ibu walaupun seutas rantai emas, hanya Allah SWT maha mengetahui pengorbanan ibu untuk melihat kami berjaya terutama ketika abang dan aku berada di Universiti. Aku tidak tahu apa yang menanti pada saat berikutnya cuma aku mampu berdoa ketika ini, semoga Allah SWT izinkan aku berjaya melunaskan hajat diri sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?