Trend Remaja Berpakaian

 Petang kelmarin, ketika aku ke farmasi yang berdekatan untuk membeli ubat, aku terserempak dengan 2 orang gadis yang aku fikir usia mereka jauh lebih muda berbanding aku. 

Mereka juga ingin mendapatkan ubat di farmasi berkenaan. Tiada apa yang pelik pada 2 orang gadis tersebut kecuali pemakaian mereka yang nampak tidak sebarang masalah, tetapi apabila dipandang dengan teliti baru nampak sesuatu.

Aku bukan ingin membuka aib sesiapa tetapi pelik, adakah remaja tersebut atau kawannya tidak menyedari apa yang kurang pada pakaian yang mereka dipakai?. 

Aku teringat kisah ketika aku belajar di Kuala Lumpur, trend pemakaian remaja sana lebih daring berbanding remaja di Pekan Ketereh ini.

Namun bila seluarnya yang dipakainya ketat sehingga menampakkan seluar kecil dan bentuk tubuh bahagian bawah. Benar-benar menjolok mata, adakah remaja terbabit tidak sedar kekurangan pakaiannya atau memang sengaja memakainya?.

Sebenarnya isu pemakaian menjolok mata ditempat awam, bukan isu baru. Boleh dikatakan aku sentiasa terjumpa wanita yang berpakaian seperti menutup aurat tetapi sebalik menampakkan bentuk tubuh badan. 

Memakai seluar jenis cotton, ketat kemudian baju pun sama ketat, tudung yang dipakai pula singkat. Bagaikan hidangan yang tertutup namun masih ada bau untuk dihidu oleh makhluk lain.

Paling aku pelik bagaimana ibubapa sekarang seperti tidak kisah anak-anak perempuan berpakaian sedemikian rupa.

Mungkin disebabkan itu, jika wujud kes kelahiran anak luar nikah atau hubungan kelamin tanpa ikatan dikalangan gadis bawah umur. Ia sesuatu perkara yang tidak mengejutkan.

Aku membesar di daerah ini, membuatkan aku cukup memahami keadaan sosial masyarakat di daerah ini.There may be incidents that can be hidden by parents but what is the effect of the incident ?. 

Kebiasaan di pasar malam atau pasar tani merupakan lokasi umum yang pasti terjumpa anak-anak gadis atau wanita muda berpakaian yang agak tidak sesuai.

Pelik bukan?, memakai jubah tetapi kelihatan seksi?. Itu yang aku nampak, adakah ia trend pakaian untuk wanita sekarang?.

Aku ingatkan hanya di waktu aku di peringkat remaja, pemakaian anak-anak perempuan begitu menjolok mata, rupanya tanggapan aku salah. 

Remaja perempuan sekarang berpakaian lebih menjolok mata berbanding dahulu. Adakah ini menjadi alasan mengapa negeri Kelantan merupakan di antara negeri yang mencatatkan pernikahan di usia muda atau bawah umur?. 

Tidak salah ibubapa menyayangi anak-anak tetapi jangan sampai kasih sayang itu merosakan anak-anak sendiri secara tidak sengaja.

Aku tidak boleh terima dengan slogan berunsur agama yang sering digunakan oleh pihak berkuasa, hakikat gambaran depan mata sangat berbeza. Apa yang Islam tekankan dan apa yang dipaparkan?. 

Masalah sosial itu wujud, tapi bagaikan disembunyikan oleh ibubapa itu sendiri. Tiada guna ibubapa berserban atau berjubah jika anak perempuan lain pula keadaannya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?