Johor Memilih

Kita sedia maklum bahawa Pilihan Raya Negeri bagi Johor akan dilaksanakan pada 12 Mac 2022. PRN ke-3 selepas Pilihan Raya Umum ke-14 diadakan, adakah akan berlaku lagi PRN selepas ini memandang tempoh matang Parlimen Malaysia untuk terbubar masih panjang.

Paling menarik perhatian aku pada PRN kali ini ialah rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun, dibenarkan mengundi buat pertama kalinya. Aku percaya kelompok pengundi muda ini bakal menjadi penentu pihak mana yang bakal mendirikan pentadbiran baru di negeri Johor. Aku berharap pengundi muda atau 1st voter akan memilih calon atau parti yang benar-benar melakukan kerja, bukan hanya ada ketika memerlukan undi semata-mata.

PRN kali ini, kita menyaksikan banyak drama yang sangat menarik pada pendapat aku, ada yang ingatkan berkawan tetapi bergaduh sebab tidak adil dalam hal pemberian kerusi yang dipertandingkan. Selain dari itu, PRN kali ini menyaksikan parti-parti baru mencuba nasib untuk bertanding terutama parti yang berasaskan generasi baru. Adakah mampu meraihkan sokongan dan undi rakyat Negeri Johor?.

Aku berharap rakyat Negeri Johor, walau di mana sahaja berada, jangan sia-sia peluang untuk membuang undi kerana ia mampu mengubah sesuatu ke arah yang lebih baik. Jangan memberi peluang kepada mereka yang suka berjanji tetapi memungkiri, baik beri kepercayaan kepada mereka yang boleh berkhidmat sepanjang waktu.

Lama tidak semestinya elok, Baru tidak semestinya rapuh. Bahasa orang politik, jangan di dengar pada ucapan tetapi dilihat pada perbuatan kerana pemimpin terbaik, kurang bercakap dan lebihkan gerakan dalam memastikan apa yang rakyat perlukan, sentiasa dijayakan. 

PKP demi PKP kita telah lalui, pasti terbuka hijab siapa peduli siapa tidur mati. Pada aku, jangan sayang untuk melakukan perubahan jika ia baik untuk generasi masa hadapan kerana ramai orang tahu mati tetapi tidak ramai bersedia untuk mati. Aku bukan ingin menyokong mana-mana parti yang bertanding, cukup mengharapkan rakyat Johor memilih bakal pemimpin yang benar-benar layak di gelar pemimpin. Andai tersalah pilih, untuk membetulkan hanya masa menentukan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?