Korban Pandemik

 Jumlah rakyat Malaysia yang dijangkiti dengan Covid19 masih lagi tinggi, walaupun ramai telah menerima suntikan vaksin sehingga dos ke-3, mungkin lepas ini bakal ada dos ke-4 atau ke-5. Malah suntikan vaksin bukan hanya diberikan kepada kelompok warga emas dan dewasa, kelompok kanak-kanak dan remaja turut sama diberikan suntikan vaksin. Pakar-pakar kesihatan menyatakan bahawa virus covid19 akan terus berada bersama manusia pada tempoh yang lama. Maka kita harus menerima kenyataan tersebut, mungkin disebabkan itu, banyak negara mula mengubah status kesihatan negara dari pandemik kepada endemik.

Pandemik ini memberi kesan yang sangat mendalam kepada kita semua, bagi mereka yang berada di kategori B40 pasti semua merasainya. Kehilangan pekerjaan sehingga tiada makanan untuk di makan. Pandemik ini seandainya hilang pada satu masa nanti, ia bakal kekal selamanya dalam lipatan sejarah manusia sebagaimana pandemik-pandemik lain yang pernah melanda manusia.

Adakah kita benar-benar bersedia?, benarkah pandemik ini boleh dianggap seperti selesema biasa?. Mengapa masih ada yang menjadi korban bila dijangkiti pandemik ini?.Sesungguhnya masih banyak persoalan yang bermain di minda kontang aku ini, melihat manusia sekeliling, seolah-olah tidak perlu lagi berwaspada.

Berdasarkan pengalaman aku yang pernah dijangkiti covid19. Daya tahan tubuh badan manusia dewasa lebih kuat walaupun ada yang tertewas. Berbanding daya tahan tubuh badan kanak-kanak. Aku sampai sekarang menyalahkan diri sendiri kerana menyebabkan ma dijangkiti termasuk saudara-mara yang terdekat. Bagaimana agaknya jika ibubapa atau orang dewasa yang menyebabkan anak-anak yang tidak tahu apa dijangkiti sama?. Perkara yang boleh dielakkan namun kerana sikap kita sendiri akhir nyawa di kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Mati itu pasti!, satu kenyataan yang aku tidak pernah nafikan, tetapi kematian yang bagaimana kita inginkan?. Kita mengetahui bahawa cara pengurusan jenazah korban pandemik sangat berbeza dari pengurusan biasa. Malah saudara-mara hanya mampu melihat dari jauh sahaja proses pengebumian jenazah seseorang yang menjadi korban pandemik.

Ketika ini, bagi seseorang yang meninggal dunia di rumah atau luar dari fasiliti kesihatan, harus dilakukan saringan terhadap jenazah terbabit.  Masa yang diambil untuk keputusan dikeluarkan sekitar 4 - 5 jam. Setelah keputusan saringan diketahui baru pihak keluarga si mati menjadi kebenaran untuk proses pengebumian di jalankan. 

Hakikat, sedar atau tidak, kita semua masih perlu mengamalkan cara hidup atau SOP yang di sarankan oleh pihak berkuasa. Hanya perlu pakai mask bila berada di luar rumah dan sentiasa cuci atau basuh tangan apabila pulang ke rumah. Namun ia seperti sukar diamalkan oleh segelintir dari kita semua. Adakah perlu ada yang terkorban baru kita mengamalkan SOP?. Jangan kerana sikap kita yang degil menyebabkan ada nyawa yang melayang. Sangat menyedihkan jika ia terjadi.

Aku hanya melihat masyarakat sekeliling, semakin ramai yang mula tidak mematuhi SOP yang disarankan terutama memakai mask. Hakikat kehidupan kini penuh berisiko, bahkan perkara yang semakin biasa terjadi dijangkiti covid19 lebih dari sekali. Menitis air aku apabila melihat anak kecil yang menjadi korban pandemik ini. Pihak berkuasa terpaksa ambil alih tugas menguruskan korban dengan penuh hati-hati. Virus itu pasti dibawa pulang oleh orang dewasa namun anak kecil yang menjadi korbannya.

 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?