SPM 2022

 Ketika ini, para pelajar tingkatan 5 di seluruh Malaysia, sedang menduduki peperiksaan penting iaitu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Setakat yang aku tahu, kini hanya tinggal peperiksaan SPM dan STPM sahaja untuk pelajar perlu duduki setelah peperiksaan UPSR dan PMR telah dimansuhkan. Aku sendiri pening melihat sistem tadbir urus sistem pendidikan di Malaysia, adakah ia semakin baik atau sebaliknya?.

Setiap negara mempunyai sistem pendidikan yang berbeza, begitu juga dengan negara Malaysia. Peperiksaan SPM merupakan peperiksaan penting dan wajib diambil oleh semua pelajar, aku tahu bahawa setiap negara mempunyai peperiksaan utama seperti SPM cuma panggilannya sahaja yang mungkin berbeza. Berjaya atau gagal peperiksaan SPM, bakal menentukan perancangan seterusnya bagi para pelajar.

Aku merupakan bekas calon peperiksaan SPM bagi tahun 2000, tahun di mana sistem peperiksaan SPM yang baru diperkenalkan. Ia dipanggil sistem sijil terbuka. Aku perlu akui bahawa menjadi calon yang menduduki peperiksaan SPM pada waktu ini, lebih mencabar berbanding tahun yang aku duduki. Para calon SPM kini lebih banyak mengikuti sesi pembelajaran secara atas talian berbanding bersemuka. Semestinya banyak kekurangan di antara pembelajaran atas talian dan bersemuka.

Paling menarik perhatian aku kalender peperiksaan tersebut, kebiasaan waktu sekarang merupakan waktu keputusan SPM di umumkan, namun disebabkan masalah pandemik yang melanda di seluruh dunia, sistem pendidikan termasuk sistem peperiksaan turut mengalami perubahan yang agak besar pada pendapat aku.

Pandemik tidak lama lagi akan bertukar menjadi endemik, mungkin sistem pendidikan akan kembali pulih seperti biasa dan para pelajar dapat menduduki pembelajaran tanpa sebarang masalah lagi. Pada aku, perubahan bukan hanya melibatkan sistem pendidikan semata-mata, bahkan hampir semua sistem yang berkaitan mengalami perubahan.

Bagi tempoh 1 - 2 tahun ke hadapan, kita mungkin bakal melihat perubahan demi perubahan dalam sistem pendidikan negara. Adakah ia lebih baik atau sebaliknya?. Ketika ini, bukan hanya calon SPM sahaja yang fokus kepada peperiksaan ini, ia termasuk ibubapa calon itu sendiri.

Peperiksaan SPM mempunyai kepentingan yang tersendiri. Walaupun seseorang itu memiliki Ijazah Sarjana Muda, Master atau Phd. Segalanya tidak bermakna sekiranya tidak memiliki sijil SPM. Bahkan untuk bekerja, hanya mempunyai kelulusan SPM. Oleh itu, diharapkan para pelajar bakal menjalani peperiksaan SPM tanpa sebarang masalah dan akhirnya memperolehi keputusan yang cemerlang. Namun jika gagal, masih ada peluang untuk mencuba sekali lagi. Walaupun 22 tahun, berlaku, adakah masih relevan bagi aku untuk menduduki kertas peperiksaan SPM sekali lagi?.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?