Dunia Sosial Media

Manusia sering dikaitkan dengan ketamadunan, ia berevolusi mengikut masa yang beredar. Jika kita melihat sejarah ketamadunan manusia. 

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kemajuan satu-satu tamadun tersebut. Kewujudan Internet merupakan salah satu faktor terpenting dalam mempengaruhi ketamadunan manusia seperti sekarang. 

Melalui internet, maksud komunikasi di antara manusia memasuki fasa berbeza sehingga wujudnya dunia sosial media.

Sesiapa sahaja yang mampu menghasilkan sosial media yang menarik dan mempunyai ribuan pengguna, pasti termasuk dalam senarai manusia terkaya di dunia sebagaimana dibuktikan oleh pengasas-pengasas sosial media yang terkenal dikalangan pengguna seluruh dunia.

Segalanya kini berkaitan dengan sosial media. Manusia berkongsi apa sahaja di sosial media sehingga menjadi tatapan manusia lain. Tidak salah berevolusi dengan kemajuan, namun manusia lupa bahawa dalam satu-satu perkara, pasti wujud kesan negatif dan positif kepada mereka. Aku sekadar ingin berkongsi pandangan berhubung topik ini, memandangkan dunia sosial media mempunyai pengaruh yang besar terhadap manusia.

Platform sosial media mengalami transformasi yang cukup cepat, jika dibuat perbandingan platform sosial media dahulu dan sekarang sangat jauh perbezaannya. Kuatnya pengaruh sosial media sekarang sehinggakan mampu membuatkan moraliti manusia itu berubah dengan sendirinya. Dahulu, masyarakat kita akan berasa pelik jika ada seseorang yang tiba-tiba menari di tempat awam. Mungkin masyarakat akan memanggil orang yang berkelakuan sebegitu sebagai gila tetapi kini, perbuatan seperti menari atau menyanyi di kawasan tumpuan orang ramai adalah normal.

Paling menarik ialah mereka yang mempunyai jumlah follower yang tinggi di sosial media mereka, pasti di panggil tinggi oleh sekelompok manusia lain. Malah mampu menjana income ribuan ringgit dari sosial media yang mempunyai ribuan pengikut. Demi mendapatkan pengikut pula, sanggup melakukan apa sahaja walaupun mungkin dianggap bodoh atau gila kerana mungkin manusia sekarang ingin melihat kebodohan dan kegilaan manusia lain.

Aku melihat di sosial media, ramai orang semakin berani membuka aib mereka sendiri dan seolah-olah tiada lagi rasa malu pada diri mereka. Sebagai contoh kelompok LGBT, mereka secara terangan memaparkan sisi gelap mereka seperti L*sbian dan G*y. Mereka memaparkan hubungan terlarang mereka di sosial media. Ini di antara contoh yang tidak baik, besar kemungkinan mampu mempengaruhi pemikiran kanak-kanak yang melihatnya.

Ada apa dengan malu?. Itu yang aku nampak apabila melihat sosial media masa kini. Ada di antara mereka tanpa segan memakai pakaian yang menjolok mata dan di papar di halaman sosial media mereka. Bukankah ini mampu mengundang masalah sosial secara tidak sengaja?.

Betapa hebat pengaruh sosial media, ia mampu membantu orang politik mendapat sokongan dari rakyat dengan hanya melalui platform tersebut. Bahkan ada ahli politik sanggup mengubah orang untuk menjadi perunding sosial media (cybertroopers) yang nilai bayaranya bukan sedikit sehinggakan aku melihat ramai yang sanggup menjadi perunding sosial media (cybertroopers) dalam tujuan mempromosi dan menangkis provokasi politik dari pihak lawan.

Dunia sosial media ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Ketika berlaku peperangan di Palestin, hanya melalui sosial media, rakyat Malaysia telah melakukan provokasi demi provokasi terhadap regim Yahudi sehingga mereka merasa tekanan dengan apa yang rakyat Malaysia lakukan melalui sosial media terhadap mereka, bahkan dunia mengetahui apa yang kita lakukan.

Kesimpulannya setiap perkara wujud 2 situasi iaitu baik dan buruknya. Kita selaku manusia yang berakal, harus tahu had dalam satu-satu perkara. Apabila berlebih, pasti memudaratkan diri sendiri sebagaimana yang berlaku ketika ini berdasarkan laporan berita perdana.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?