Kenduri Kahwin

 Ketika ini, pihak berkuasa memberi keizinan untuk pihak yang berkenaan mengadakan persiapan kenduri kahwin setelah beberapa ketika sebelum ini, hanya membenarkan ijab & kabul semata-mata. Semestinya bila bercakap soal persiapan kenduri kahwin, ibubapa kedua belah pasangan yang sibuk bagi memastikan majlis berjalan lancar.

In sha Allah, bulan 5 nanti, mak cik aku akan mengadakan kenduri kahwin anak lelakinya. Tarikh pernikahan telah ditetapkan, maka proses demi proses harus ditempuhi sebelum tibanya waktunya. Hakikat yang pasti, proses pernikahan ketika ini semakin sulit dan banyak aturannya. Oleh itu, bakal pengantin termasuk ibubapa harus merancang dengan sebaik mungkin. Begitu juga dengan family mak cik aku.

Persiapan meliputi menu untuk kenduri, in sha Allah kenduri kali ini diadakan dalam bentuk gotong-royong. Lokasi kenduri pula, cukup diadakan di rumah mak cik, tidak menempah dewan seperti biasa dilakukan oleh orang lain. Apabila bercakap tentang kenduri, situasi di Kelantan atau daerah di mana mak cik atau family kami tinggal mungkin sedikit berbeza. 

Jika kenduri kahwin dilaksanakan melalui tempahan katering, waktu untuk jamuan makan ditetapkan, kebiasaan bermula pukul 12.00 tengahari sehingga 5.00 petang. Apabila jam menunjukan waktu tempahan telah berakhir, katering akan mula mengemas peralatan mereka walaupun masih ramai jemputan yang sedang menjamu selera.

Adat orang pantai timur mungkin sedikit berbeza iaitu ada jemputan yang hadir ke rumah pengantin pada waktu malam, selain datang lewat petang. Oleh itu, menjadi kebiasaan tuan rumah pengantin akan menyediakan lauk tambahan buat tetamu yang hadir.  Seandainya tiada apa yang disediakan, ia akan menimbulkan situasi RALAT pada tuan rumah pengantin.

Sebab itu, mak cik sentiasa membuat pengiraan kos bahan mentah bagi memastikan lauk-pauk ketika kenduri nanti cukup. Hal ini disebabkan sering berlaku situasi apabila tetamu jemputan terus datang walaupun waktu telah lewat, tiada makanan untuk dihidangkan kepada para tetamu.

Kini tinggal sebulan sebelum Ramadhan untuk mak cik, menyediakan segala perkara penting berkaitan kenduri kahwin anaknya nanti. Ahli keluarga jauh telah mengesahkan kehadiran mereka pada hari tersebut. Aku secara peribadi berdoa semoga segala perancangan berjalan lancar.



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?