AIR KELANTAN PART 2

 Sebut sahaja air Kelantan, pasti banyak keluhan atau rintihan yang kita dengari dari kalangan rakyat Kelantan itu sendiri. 

Bukan berniat untuk memburukan sesiapa atau memainkan isu yang berkaitan dengan politik. Cuma rasa sangat terkilan bila mengenangkan situasi apa yang terjadi ketika seluruh Umat Islam meraikan 1 Syawal yang lalu.

Kita semua sedia maklum bahawa 1 Syawal kali ini sedikit berbeza dari tahun yang sebelumnya. Setelah 2 tahun tidak dapat pulang beraya, kini boleh dikatakan semuanya berpusu-pusu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, beraya dengan keluarga yang tercinta. 

Masing-masing tidak kisah harus berada di atas jalan raya dalam tempoh yang panjang, sekitar 10 - 13 jam sebelum sampai ke kampung halaman.

Negeri Kelantan merupakan salah satu negeri yang tidak perlu diperkatakan lagi jika bercakap soal pulang berhari raya di kampung. Jumlah kereta yang memasuki Kelantan mencecah jutaan unit dan ia boleh dianggap biasa setiap kali raya. 

Oleh itu, sesuatu yang mengecewakan bila hari terakhir Ramadhan dan 1 Syawal yang lalu, tiba-tiba aku dan keluarga mengalami bekalan air paip terputus atau tekanan air sangat rendah.

Sejujurnya ini, bukan kali pertama ia terjadi pada aku dan keluarga. Cuma bila ia terjadi ketika kita sibuk mempersiapan Hari Raya Aidilfitri, ia sangat mengecewakan. Bayangkan abang aku terpaksa mandi sunat Aidilfitri di luar rumah, di tahun 2022. Masih perlu mandi seperti era tahun 80-an?.

Aku tidak tahu mengapa keadaan ini terjadi. Jika berlaku kebocoran paip bekalan, adakah tempoh membaik pulih mengambil masa yang lama?. Mujur aku pakai  gelas pakai buang, kalau pakai yang jenis kena basuh. Terbiar di dalam singki jawapannya.

Aku bukan penyokong mana-mana parti politik, oleh itu luahan atau perkongsian ini adalah kerana kecewa dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat yang bertanggungjawab. Pemimpin negeri pula aku tengok hanya pandai beri alasan demi alasan di atas kewujudan masalah yang berlaku.

Aku tidak pernah solat sunat Aidilfitri kerana kurang yakin dengan kebersihan diri, tambahan pula kerap membuang air besar sedangkan air memang tiada dan kadangkala tekanannya sangat rendah. Pada aku, jika tidak mampu selesaikan maka serahkan tanggungjawab pada mereka yang lebih layak dan berkebolehan menyelesaikan masalah yang timbul.

Aku masih tidak dapat terima jawapan yang diberikan oleh pemimpin kanan negeri kanak berhubung soal bekalan air di Kelantan. Terutama rakaman video yang intinya seolah-olah menyarankan rakyat Kelantan yang mengeluh tentang masalah air paip, mengambil air dari Sungai Kelantan.

Disebabkan itu, aku berasa jika rakyat Kelantan ingin mencuba pemimpin baru. Sila berbuat demikian pada PRU ke-15. Tapi wujudkah pemimpin yang membahagikan KEK dengan adil dan saksama?.




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?