Ponteng kelas

Waktu dahulu, para guru akan menggunakan konsep denda sebagai hukuman sekira para pelajar melakukan kesalahan termasuk ponteng.

Bentuk denda yang dikenakan pula dalam pelbagai bentuk, paling popular ketika aku masih bersekolah ialah rotan. Selain itu, denda lain yang sering dikenakan ialah kutip sampah dan ketuk-ketampi.

Aku tidak pasti adakah waktu sekarang, guru dibenarkan mengenakan denda kepada pelajar yang melakukan kesalahan. 

Maklumlah, waktu sekarang, ibubapa dilihat sering bela anak-anak mereka bila pihak guru cuba mendidik dengan cara memberi denda.

Aku sendiri tidak terlepas dari dikenakan denda oleh guru di atas kesalahan yang dilakukan. Namun di antara denda yang pernah aku kena dan tidak boleh dilupakan ialah denda ketuk-ketampi.

Denda tersebut dikenakan disebabkan aku ponteng kelas KAFA atau Kelas Al-Quran dan Fardu Ain pada waktu itu diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu selama 2 hari setiap minggu. 

Ustaz sebelum itu telah memberi amaran, sekiranya ada pelajar yang gagal hadir kelas, bakal dikenakan denda bagi setiap satu hari yang ponteng akan ketuk-ketampi sebanyak 50 kali.

Pada satu ketika, aku ponteng selama 2 hari berturut-turut. Maka denda yang dikenakan ialah ketuk-ketampi sebanyak 100 kali.

Aku pula merupakan pelajar yang bertubuh gempal,  paling biasa aku buat hanya 10 kali ketuk-ketampi. Bagaimana aku harus habiskan 100 kali?.

Bagi tekan-tubi 50 kali pertama, aku berjaya lakukan tanpa sebarang masalah.

Pelajar lain yang tidak dikenakan hukuman, begitu seronok buat kiraan bagi pelajar yang dikenakan hukuman. 

Bagi 50 pertama, aku berjaya lakukan. Cuma apabila memasuki 50 berikutnya, tiba-tiba aku muntah. 

Mungkin terlampau penat dengan denda yang dikenakan. Aku muntah teruk, bila kejadian itu berlaku, ustaz mungkin rasa bimbang. Tidak meneruskan denda yang dikenakan.

Mujur ada kawan-kawan membantu ketika tubuh aku terasa sangat lemah, disebabkan muntah dan kena ketuk-ketampi.

Itulah denda yang paling teruk aku kena sehingga habis sesi persekolahan aku. Pertama dan terakhir. Kalau pelajar lain, lebih banyak lagi bentuk denda yang dikenakan dan lebih teruk.

Cikgu ketika waktu bersekolah, ramai yang garang dan tegas terhadap para pelajar mereka. Adakah cikgu sekarang sama seperti waktu dahulu?. 



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?